awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahfuz kemuka usul minta kerajaan hantar nota bantahan terhadap Emmanuel Macron

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2020
06:58 MYT
Mahfuz kemuka usul minta kerajaan hantar nota bantahan terhadap Emmanuel Macron
Menurut Mahfuz, usul tersebut dikemukan susulan kenyataan Macron yang telah membuat kenyataan berunsur Islamofobia dengan berselindung di bawah kebebasan bersuara. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengemukakan usul di bawah Peraturan 18 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya kerajaan mengambil tindakan tegas dan bantahan keras terhadap kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Menurut Mahfuz, usul tersebut dikemukan susulan kenyataan Macron yang telah membuat kenyataan berunsur Islamofobia dengan berselindung di bawah alasan kebebasan bersuara.
Beliau menegaskan usul berkenaan adalah melibatkan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan kerana tidak mahu perkara itu menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama.
"Hal yang demikian, saya menyeru agar Dewan yang mulia ini mengecam dan mengritik kenyataan Presiden Perancis tersebut disamping tidak bersetuju dengan pembunuhan ke atas Samuel Party yang sewajarnya diserahkan kepada proses undang-undang.
"Sesungguhnya, saya percaya bahawa sensitiviti keagamaan seharusnya dihormati di mana kepelbagaian agama seharusnya membawa kepada keharmonian dan perpaduan, dan bukannya menimbulkan konflik sesama manusia," katanya menerusi usul tersebut.
Usul di bawah Peraturan 18 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Datuk Mahfuz Omar
Usul di bawah Peraturan 18 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Datuk Mahfuz Omar
Usul di bawah Peraturan 18 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Datuk Mahfuz Omar
Usul di bawah Peraturan 18 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Datuk Mahfuz Omar
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu menyeru ahli-ahli Dewan Rakyat tanpa mengira kaum bersama menyokong usul yang dikemukakan itu.
Macron baru-baru ini membuat satu kenyataan mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.
BACA: Amanah kecam keras Emmanuel Macron
BACA: Dua terbunuh dalam serangan di sebuah gereja di Nice, Perancis
Macron dilaporkan berikrar akan berjuang untuk menentang kumpulan radikal Islam selepas tragedi seorang guru sejarah dipenggal pada 16 Oktober lalu kerana menunjukkan gambar Nabi Muhammad kepada pelajarnya.
Bagaimanapun, kenyataan pemimpin itu mengundang kritikan penduduk Islam seluruh dunia termasuk ada yang membakar gambar Macron di Syria dan Pakistan selain membakar bendera Perancis di Tripoli, Libya.
Topic Berkaitan
#Mahfuz Omar
#pokok sena
#Dewan Rakyat
#Parti Amanah Negara
#Amanah
#Emmanuel Macron
#Perancis
#Islamofobia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan