awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/07/2023
10:29 MYT
Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian
Mahfuz sewaktu ditemui pemberita di Alor Senjaya, di Alor Setar pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyelar Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang cuba mengalih perhatian dengan menyatakan plot besar dirancang untuk memburukkan imejnya.
Dakwanya, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu dilihat cuba mengalihkan perhatian umum berkaitan isu di atas tuduhan dirinya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor sebelum ini.
"Bagi saya, dia hendak 'divert' isu itu kepada soal tindakan polis sedangkan isunya dia yang salah walaupun mahkamah belum putuskan tetapi hina Raja itu perbuatannya.
"Dia bukan sahaja hina Raja tetapi dia juga hina Allah, pasal dia kata MB Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) tak cukup inci. Cukup inci tak cukup inci, saya bukan mahu inci besar ini, tinggi ini tuhan yang bagi saya tinggi ini," katanya.
Mahfuz berkata demikian selepas ditemui pemberita di Alor Senjaya, di sini pada Jumaat.
Rabu lalu, Muhammad Sanusi tidak menolak kemungkinan dakwaan terbaharu berkaitan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) adalah satu plot besar dirancang memburukkan imejnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Kata MB Kedah itu, beliau hanya mengetahui bahawa dirinya turut disiasat berkaitan kegiatan melombong REE yang berlaku di Bukit Enggang, Sik, melalui laporan media.
Topic Berkaitan
#Mahfuz Omar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#REE
#hina sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan