ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Datuk Mahfuz Omar hari ini menempelak tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa terdapat usaha terancang untuk menyingkirkannya daripada mewakili negeri itu dalam Majlis Kewangan Negara.
Mahfuz ketika dihubungi Bernama mendakwa ia satu kenyataan yang sangat jahat dan menyifatkan Menteri Besar Kedah itu cuba menarik simpati orang ramai dengan menggambarkan seolah-olah negeri Kedah dianiaya melalui penganiayaan terhadap dirinya.
"Sedangkan dia (Muhammad Sanusi) sendiri menyatakan bahawa dia tidak ada bukti, macam mana dia bercakap tak ada bukti (dan) boleh dilontarkan kepada umum sedemikian rupa?
"Ini satu perbuatan jahat untuk menggambarkan keburukan dan mencalarkan imej Kerajaan Perpaduan.
"...bagi saya ia sesuatu yang sangat tidak menggambarkan kebijaksanaan, kebertanggungjawabannya sebagai seorang Menteri Besar (yang) bercakap tanpa bukti, ...cakap tanpa bukti adalah fitnah," katanya.
Ahad lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa ada usaha untuk menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali sebagai penggantinya dalam Majlis Kewangan Negara, dan beliau turut mendakwa gerakan itu berlaku akibat kelantangannya mengkritik Kerajaan Persekutuan.
Mahfuz menegaskan Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa keanggotaan Majlis Kewangan Negara adalah terdiri daripada seorang Perdana Menteri atau mana-mana menteri dilantik dan seorang wakil dari setiap negeri yang diperkenan oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
Sehubungan itu, beliau berkata itu bermakna hanya Sultan Kedah boleh menyingkirkan Menteri Besar Kedah daripada menganggotai Majlis Kewangan Negara, sekali gus dakwaan Muhammad Sanusi itu seolah-oleh merendahkan keupayaan dan martabat seorang Sultan.
"Maknanya ikut kuasa mutlak Sultan untuk nak letak siapa pun bagi mewakili Kedah ke dalam Majlis Kewangan Negara.
"Jadi bila dia (Muhammad Sanusi) menyatakan bahawa ada orang yang sedang melobi Sultan, dia merendahkan Sultan, seolah-olah seorang Sultan ini tidak boleh buat keputusan dan nilai sendiri siapa yang mewakili negeri," katanya.
Mahfuz seterusnya menuntut Muhammad Sanusi membuat permohonan maaf kerana menurutnya perbuatan Menteri Besar Kedah itu adalah satu tindakan biadap, kerana seolah-olah memperlekehkan kuasa Raja dan Sultan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Mahfuz (kanan) menempelak tindakan Muhammad Sanusi (kiri) yang mendakwa terdapat usaha terancang untuk menyingkirkannya daripada mewakili negeri itu dalam Majlis Kewangan Negara. -Gambar fail
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
"Kita bekerja atas landasan kita, tidak cilok landasan orang lain sesuka hati."
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.