KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 69, untuk membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Ahmad Zahid diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.
Sementara pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.
Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh manakala pasukan pembelaan diketuai Datuk Raja Rozela Raja Toran.
Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 28 hingga 31 Mac, 11 hingga 13 April, 26 hingga 28 April, 23 hingga 26 Mei, dan 27 hingga 30 Jun untuk prosiding membela diri.
Ridauddin Daud
Mon Jan 24 2022

Ahmad Zahid tiba di Mahkamah Tinggi di ibu negara, pagi Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan
Ashwad Ismail, Ketua Pengarang Astro AWANI Najib Aroff, Editor Niaga AWANI

Health alert monkeypox dalam aplikasi MySejahtera mulai 27 Mei
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, MySejahtera akan mengeluarkan health alert monkeypox dalam aplikasinya mulai 27 Mei 2022.

92 peratus kes HFMD melibatkan kanak-kanak di bawah 6 tahun
Khairy Jamaluddin berkata, kes paling banyak dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak enam tahun ke bawah, iaitu 52,846 kes (92%), manakala kumpulan umur 7 hingga 12 tahun adalah seramai 3,741 kes (7%).

Peningkatan kes HFMD akibat pembukaan aktiviti sosial
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, peningkatan kes ketara HFMD berlaku sejak April berikutan pembukaan aktiviti sosial, termasuk sesi kehadiran penuh sekolah, taska, tadika dan tabika.

Jawatan Zuraida sebagai MPT Bersatu tergugur serta-merta - Hamzah
Jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tergugur dengan serta-merta selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini.

Malaysia setuju tingkat sumbangan kewangan kepada WHO
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, negara bersetuju meningkatkan sumbangan kewangan kepada WHO kerana kepentingan pertubuhan itu kepada isu kesihatan dunia.

JBPM mohon pemanjangan elaun anggota bertugas syif - KP Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memohon pemanjangan bayaran elaun kepada anggotanya yang bertugas secara syif 12 jam dan 24 jam.

Pahang lulus peruntukan RM35 juta tingkat pengurusan kecekapan banjir
Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM35 juta untuk melaksanakan perolehan dan perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri itu.

Malaysia-Thailand perkukuh perkongsian maklumat, kekang jenayah rentas sempadan
Persetujuan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) ke-55 yang diadakan di ibu negara pada Khamis.

Unduk Ngadau bukan ratu cantik biasa
Setiap tahun pada Mei, rakyat Sabah daripada pelbagai latar belakang berkumpul bagi meraikan Pesta Kaamatan iaitu perayaan khas yang disambut bagi menghormati semangat padi.

RM6 juta sumbangan politik, bukan balasan beri kontrak pembekalan cip pasport - Ahmad Zahid
"Saya tiada kuasa membuat keputusan akhir kerana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan."

Cacar monyet: Perketat kemasukan pelancong dari negara terjejas - Zahid
Kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kegagalan membendung wabak COVID-19 walaupun telah disarankan supaya memperketatkan kemasukan pelancong.

RM13 juta sumbangan bina masjid, sekolah tahfiz, bukan rasuah beri projek MyEG - Ahmad Zahid
Wang RM13 juta yang disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada YAB bukan rasuah, sebaliknya bagi membangunkan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Wang dalam akaun saya cukup bayar kad kredit, tak perlu guna dana yayasan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, akibat kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya, wanita itu telah membayar kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan itu.

Persatuan Bola Sepak PDRM ada masalah kewangan, YAB dahulukan RM1.3 juta - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata beliau sebelum ini tidak pernah memberi apa-apa sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak PDRM.

Zahid Hamidi nafi pecah amanah dana YAB, pindah RM17 juta kerana pegawai cuai
Menurut Ahmad Zahid, RM17 juta itu dipindahkannya kepada sebuah firma guaman kerana bekas setiausaha eksekutifnya kerap melakukan kecuaian.

Mejar Mazlina cuai tapi saya yang kena: Ahmad Zahid
"Adakah ini satu keadilan?"

Tiada sesen pun dana Yayasan Akalbudi datang dari kerajaan, pembayar cukai - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai yayasan tersebut.

Kerjasama MN ibarat 'nyawa-nyawa ikan' - Zahid
Ahmad Zahid berkata, masa depan MN biar dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.

Kes rasuah Zahid: Catatan KJ, bomoh direkod dalam buku faraid UKSB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).