Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan tiga lagi untuk membatalkan saman oleh waris penumpang pesawat MH370.
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membatalkan saman terhadap DCA, Jabatan Imigresen Malaysia, bekas Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan TUDM, selepas memutuskan saman itu tidak mempunyai kuasa tindakan terhadap keempat-empat defendan.
Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan untuk membatalkan saman oleh lima lagi defendan iaitu Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat dan Kerajaan Malaysia.
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke ketika dihubungi berkata mahkamah menetapkan 8 September untuk pengurusan kes itu.
Saman kecuaian itu difailkan pada 25 Februari lepas oleh balu S. Puspanathan, 33, iaitu K. Sri Devi, 32, dan dua anak lelaki mereka berusia dua dan empat tahun serta ibu bapa mangsa G. Subramaniam dan isteri, A. Amirathan yang masing-masing berusia 62 tahun.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif berkata si mati adalah antara 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam pesawat Boeing 777-200ER dengan nombor penerbangan MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing, China pada 8 Mac 2014.
Plantif mendakwa kira-kira 1.21 pagi, pesawat MH370 itu tiba-tiba hilang daripada radar DCA tetapi kekal pada radar TUDM yang turut mengesan pesawat itu menuju ke beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Pulau Pinang namun, plaintif mendakwa MAS gagal mengesan pesawat itu.
Plaintif turut mendakwa Ketua Pengarah DCA gagal untuk menyediakan aturan yang selamat, cekap dan teratur bagi perkhidmatan kawalan trafik udara, perkhidmatan maklumat penerbangan serta amaran dan gagal mengesan serta mencari pesawat itu pada radar tentera sejurus ia tidak dapat dihubungi.
Oleh itu, plantif menuntut ganti rugi yang kesemuanya berjumlah RM32 juta atas kehilangan sokongan, kehilangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja si mati yang sebelum ini bekerja di sebuah firma multinasional sebagai pakar urus tadbir yang memperoleh gaji RM14,460 sebulan dan kehilangan faedah perubatan kepada keluarga.
Mereka juga menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 29 Jan tahun lepas, Ketua Pengarah DCA Azharuddin yang mewakili kerajaan Malaysia mengumumkan kehilangan pesawat MH370 diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap terkorban.
Bernama
Tue Jul 26 2016
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke ketika dihubungi berkata mahkamah menetapkan 8 September untuk pengurusan kes itu. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Irwan Serigar dan Arul Kanda untuk membatalkan saman oleh 1MDB.
PKNS, Parkson diperintah teruskan pertikaian di Mahkamah Tinggi
Rayuan PKNS Andaman Development terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya pada 29 Jan 2021 boleh dibatalkan dengan kos RM10,000.
Mahkamah benar permohonan Tommy Thomas batal saman Najib
Tuntutan yang dikemukakan oleh Najib tidak boleh dipertahankan dan tidak ada sebab tindakan yang munasabah.
Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek
Ia berhubung pengagihan wang tunai RM2.29 juta milik arwah yang disimpan di dalam akaun bank tempatan dan luar negara.
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB tuntut AS$6.59 bilion didengar 19 Okt
Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Arul Kanda bulan lepas manakala Mohd Irwan memfailkan permohonan pada 18 Feb.
Ibu model Belanda rayu keputusan mahkamah batal samannya terhadap polis, kerajaan
Ibu mendiang Ivana Esther Robert Smit memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan samannya terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.
Darurat: Muhyiddin, kerajaan mohon batal saman Khairuddin
Muhyiddin dan kerajaan sebagai defendan pertama dan kedua memfailkan permohonan itu menerusi Peguam Persekutuan hari ini.
Anwar gagal batal saman berhubung pengampunan penuh sabitan liwat
Ketika menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan itu, Akhtar berkata plaintif mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu.
Permohonan Jamal batal saman Teresa Kok didengar 3 Januari
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Quay Chew Soon menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika pengurusan kes hari ini.
Mahkamah batalkan saman waris penumpang MH370 ke atas DCA dan tiga lagi
Mahkamah Tinggi memutuskan saman itu tiada kuasa tindakan ke atas DCA, Jabatan Imigresen Malaysia, bekas Panglima TUDM dan TUDM.