awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Brazil sekali lagi halang bekas presiden bertanding pilihan raya

Bernama
Bernama
01/11/2023
12:09 MYT
Mahkamah Brazil sekali lagi halang bekas presiden bertanding pilihan raya
Keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi Brazil (TSE) itu bermakna Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030. - Gambar fail/Reuters/Ueslei Marcelino
RIO DE JANEIRO: Bekas presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Selasa sekali lagi dilucutkan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi Brazil (TSE) itu bermakna Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Bolsonaro, yang menjadi ketua negara Brazil dari tahun 2019 hingga 2022, mungkin tidak akan terpilih untuk mana-mana jawatan awam sehingga tahun 2030, menurut keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tinggi (TSE) Brazil.
Ini merupakan keputusan kedua mahkamah ke atas bekas presiden itu.
Pada Jun lepas, mahkamah memutuskan Bolsonaro tidak dibenarkan bertanding selama lapan tahun kerana menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya negara itu.
Bolsonaro berulang kali mempersoalkan kebolehpercayaan sistem pilihan raya dan tidak mengakui kekalahannya dalam pilihan raya kepada pemimpin berhaluan kiri yang juga Presiden semasa, Luiz Inacio Lula da Silva.
Keputusan pada Selasa itu berkaitan cuti umum pada September tahun lalu menjelang pilihan raya. Mahkamah mendapati Bolsonaro telah menyalahgunakan sambutan berkenaan untuk tujuan kempen pilihan raya.
Semasa perbarisan tentera di Brasilia dan Rio de Janeiro, Bolsonaro berkempen menentang pencabarnya Lula.
Sabitan baharu itu tidak melanjutkan larangan Bolsonaro daripada bertanding dalam pilihan raya melampaui tahun 2030.
Bagaimanapun, peguam beliau mesti merayu keputusan itu bersama-sama keputusan pada Jun jika mereka mahu Bolsonaro bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen politik
#pilihan raya
#menimbulkan keraguan
#perbarisan tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan