awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Malaysia bebas daripada mana-mana pengaruh - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
16/09/2016
23:07 MYT
Mahkamah Malaysia bebas daripada mana-mana pengaruh - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI: Mahkamah di Malaysia adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan keputusan mahkamah memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah telus. -Gambar fail
Mahkamah di Malaysia adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan keputusan mahkamah memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah telus, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya beliau hairan apabila ada segelintir bekas pimpinan kerajaan yang mahu menuntut pembebasan Anwar sedangkan mereka sebelum ini begitu tegas mempertahankan keputusan mahkamah terhadap bekas ketua pembangkang itu.
"Saya hairan dengan sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas timbalan perdana menteri) kerana sejak daripada dulu sewaktu berada dalam kerajaan, kita semua bersetuju bahawa keputusan terhadap Anwar adalah dibuat oleh mahkamah.
"Kita semua pun mengatakan mahkamah di Malaysia adalah sebuah badan yang bebas tanpa campur tangan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini pada Jumaat.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebelum ini dilaporkan sebagai berkata parti itu sudi bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk membebaskan Anwar dan akan mendesak pembebasan itu kerana ia merupakan permintaan orang ramai.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Anwar telah melalui proses perundangan yang telus bermula daripada dipanggil memberi keterangan di mahkamah sehingga rayuan dibuat sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
"Pemergian Allahyarham kita boleh sifatkan sebagai kehilangan seorang tokoh agama dalam negara," katanya. -Bernama
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ismail sabri yaakob
#Muhyiddin Yassin
#pembebasan Anwar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan