awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Pakistan batal sabitan ke atas Nawaz Sharif

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2023
02:00 MYT
Mahkamah Pakistan batal sabitan ke atas Nawaz Sharif
Bekas Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif ketika tiba di Mahkamah Tinggi Islamabad. - Foto AP
ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan membatalkan sabitan kes rasuah ke atas bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif pada Rabu.
Pembatalan ini sekaligus menghapuskan salah satu halangan untuk Nawaz layak bertanding dalam pilihan raya Februari depan.
Mahkamah Tinggi Islamabad membuat keputusan itu selepas badan antirasuah tidak membantah permohonan Nawaz untuk dibebaskan.
Ahli Parlimen veteran ini kembali ke Islamabad pada Oktober, selepas empat tahun berada dalam buangan di London.
Beliau dilaporkan mahu mencuba nasib bertanding dalam pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri untuk kali keempat.
Bagi tujuan itu, Nawaz perlu bebas daripada sabitan jenayah.
Selain sabitan rasuah, Nawaz mempunyai satu sabitan jenayah yang menyebabkannya dipenjara lapan tahun, serta larangan bertanding dalam pilihan raya.
Nawaz disabit kesalahan jenayah pada 2018, melibatkan pembelian pangsapuri mewah di London.
Pilihan raya Pakistan dijadual berlangsung pada 8 Februari depan.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#pilihan raya
#Mahkamah Tinggi Islamabad
#Nawaz Sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan