KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan semua media arus perdana dan sosial tidak mendedahkan serta menerbitkan nama dan gambar ketiga-tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong berkuat kuasa hari ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters memutuskan demikian selepas peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memohon secara lisan supaya identiti dan gambar tiga anak itu tidak didedahkan bagi menjaga kebajikan anak-anak berkenaan.
Mohamed Haniff ketika dihubungi pemberita berkata, hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian yang turut disertai dua lagi peguam MAIPs Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Aidil Khalid, manakala Loh diwakili Sri Murugan dan Dr Shamsher Singh Thind.
Beliau berkata dengan perintah itu, diharap pihak media memberi kerjasama untuk tidak mendedahkan gambar, nama dan identiti anak-anak berkenaan semasa membuat liputan.
"Mahkamah juga menetapkan tarikh pendengaran permohonan MAIPs untuk mencelah dalam petisyen penceraian antara Loh dan Muhammad Nagahswaran Muniandy pada 29 April, 10.30 pagi secara fizikal," katanya.
Dalam petisyen penceraian tersebut, Loh, 34, diberi hak jagaan, pemeliharaan dan kawalan tunggal ke atas anak mereka berumur 10 dan 14 tahun.
MAIPs memfailkan permohonan mencelah dalam petisyen tersebut pada 7 Mac lalu, supaya badan agama itu mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membuat permohonan variasi ke atas terma-terma perintah jagaan tunggal yang dimiliki Loh.
Permohonan itu dibuat antaranya atas alasan selepas pemelukan Islam responden (Muhammad Nagahswaran) dan kesemua kanak-kanak tersebut, bakal pencelah (MAIPs) telah bertindak dan bertanggungjawab sebagai penyelia bagi memastikan orang-orang yang baharu masuk Islam, para mualaf, mendapat panduan dan pendidikan diperlukan berkenaan dengan Islam.
MAIPs dalam permohonannya berkata pada 2017, Perlis memfatwakan pasangan bukan Islam yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka hak hadhanah (hak jagaan anak) tidak dinilai berdasarkan kepada agama ibu atau bapa, sebaliknya diserahkan kepada sesiapa lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya, dan dalam masa sama ibu bapa yang Muslim bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada anak.
Menurut MAIPs, kanak-kanak itu juga telah menzahirkan iktikad dalam keazaman melalui perbuatan dan tingkah lakunya untuk terus berada dalam agama Islam.
Pada 21 Feb lepas, tiga beradik yang berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan serta merta kepada Loh, selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu.
Dalam notis usul difailkan melalui Tetuan SS Thind pada 13 Feb lepas, Loh menamakan Nazirah Nanthakumari Abdullah sebagai responden pertama dan pihak tidak dinamakan yang beliau dakwa menjaga tiga anaknya sebagai responden kedua.
Loh memohon writ habeas corpus atau perintah lain yang sesuai oleh mahkamah untuk membolehkan anak-anaknya itu dibebaskan serta-merta daripada hak penjagaan persendirian responden dan dikembalikan kepadanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Dengan perintah itu, diharap pihak media memberi kerjasama untuk tidak mendedahkan gambar, nama dan identiti anak-anak berkenaan semasa membuat liputan. - Gambar fail

Mayat pemancing lemas di Tasik Gubir ditemukan
Mayat Othman Abdul Ghani, 49, ditemui terapung pada jarak 10 meter dari tempat bot dinaikinya tenggelam pada pukul 3 petang ini.

Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.

"Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO
Gerakan gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelaskan segala dakwaan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Peniaga perlu pamer harga upah potong ayam dengan jelas
Perkhidmatan potong ayam tidak salah, tetapi pelanggan ada hak untuk menolaknya.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Harga Ayam | Harga ditetapkan ambil kira semua peringkat - KPDNHEP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kadar harga siling ayam RM9.40 yang ditetapkan kerajaan telah mengambil kira kepentingan semua peringkat, daripada penternak hingga ke pembeli.

Panggung Wayang | Pas Kelantan kekal dengan keputusan tiada keperluan
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri itu kerana ia bukan suatu keperluan.

Hari Kemerdekaan | Rakyatkan sambutan 'Keluarga Malaysia teguh bersama'
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sarankan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan, dengan melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga.

Politik | Zahid tidak minta saya tandatangan SD - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kerjasama Media | Cantas pengaruh pemberitaan media asing
Kerjasama institusi media Malaysia dan Indonesia perlu diperkukuhkan lagi dalam usaha mencantas pengaruh pemberitaan media asing termasuk dari segi kebudayaan, isu-isu global serta berita tidak benar. Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berpandangan, usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara, tetapi turut mampu mengangkat kredibiliti media perdana.

MAIPs ada hak di sisi undang-undang untuk mencelah petisyen perceraian Loh - Peguam
MAIPs mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mencelah dalam prosiding petisyen perceraian antara Loh Siew Hong dan bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy.

Permohonan ibu tunggal cabar bekas suami daftar anak sebagai mualaf didengar 17 Mei
Loh Siew Hong mencabar tindakan bekas suaminya mendaftarkan ketiga-tiga anak mereka sebagai mualaf tanpa keizinannya.

Tiga beradik mualaf: JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri pantau perkembangan
Pemantauan dibuat mengikut beberapa resolusi yang digariskan oleh majlis agama negeri dan pakar undang-undang.

Mahkamah perintah media tidak dedah nama, gambar anak-anak Loh
Ia selepas peguam MAIPs memohon secara lisan supaya identiti dan gambar tiga anak itu tidak didedahkan bagi menjaga kebajikan anak-anak berkenaan.

Mahkamah arah tiga beradik diserah kepada ibu
Anak-anak Siew Hong kini berada bawah jagaan JKM sementara menunggu keputusan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi.