PUTRAJAYA: Dua anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka atas kesalahan membunuh seorang operator kolam ikan, tujuh tahun lepas.
Panel tiga hakim yang bersidang iaitu Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, sebulat suara menolak rayuan Syazwan Saad dan Iskandar Zulkarnain Abdul Manaf, terhadap sabitan dan jatuh hukuman terhadap mereka.
Hakim Abdul Rahman yang mempengerusikan sidang itu berkata adalah menjadi dapatan mahkamah bahawa, keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pendakwaan mencukupi untuk membuktikan kesalahan kedua-dua lelaki itu bagi pembunuhan tersebut.
"Setelah membuat pertimbangan yang teliti, kami yakin bahawa Mahkamah Rayuan adalah tepat dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi," katanya.
Syazwan, 36, dan Iskandar, 35, didapati bersalah dan dijatuhkan hukukan mati oleh Mahkamah Tinggi pada 30 Ogos 2016 kerana membunuh Alias Mat Noor, 52, di Lombong Tembatan Banjir, Lingkaran Putrajaya, Cyberjaya, Sepang, Selangor antara 11 malam pada 7 Julai 2015 dan 6 petang 10 Julai 2015.
Rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 20 Okt tahun lepas juga ditolak, sebelum mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Mengikut fakta kes, pada 8 Julai 2015, si mati sepatutnya mengambil anak lelakinya untuk ke kebun duriannya, namun beliau tidak tiba. Anak lelakinya cuba untuk menghubungi beliau dan telah pergi mencari lelaki itu sepanjang hari, namun gagal.
Pada 10 Julai 2015, pihak polis menerima maklumat bahawa satu mayat yang tidak dikenali ditemukan terapung di kolam tebatan banjir.
Beberapa hari kemudian, anak lelaki dan wanita si mati telah mengenal pasti mayat itu sebagai bapa mereka di Hospital Serang.
Abang mangsa yang bekerja di kebun durian milik lelaki itu, telah memberikan keterangan bahawa beliau telah melihat Alias bersama dua lelaki yang tidak dikenali pada 7 Julai 2015, dalam sebuah Pajero berwarna merah.
Seorang lagi saksi pendakwaan yang merupakan pegawai penyelia Iskandar, memberikan keterangan bahawa beliau telah menerima mesej Whatsapp daripada Lim Chun Jie, yang mengandungi maklumat kad pengenalan mangsa dan mesej menyatakan "kasi settle".
Lim, seorang pengurus pemasaran, 31, dituduh bersubahat dengan Syazwan dan Iskandar untuk melakuan pembunuhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama.
Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya, namun Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan beliau. Pihak pendakwaan tidak merayu keputusan tersebut.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan Kee Wei Lon mewakili Syazwan manakala Peguam Andrew Lourdes mewakili Iskandar.
Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Natchiar dan Aida Khairuleen Azli hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan Syazwan Saad dan Iskandar Zulkarnain Abdul Manaf, terhadap sabitan dan jatuh hukuman terhadap mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.
PRK KKB: Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser ditutup 2 petang
Pusat mengundi SJKC Bukit Fraser mewakili hanya 40 orang pengundi, manakala baki 17 lagi pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Penghormatan: Pemimpin disegani meninggalkan legasi
Pemimpin negara memberikan penghormatan terakhir kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Mendiang Datuk Mutang Tagal.
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.
Polis tak terima laporan isu 3R sepanjang kempen
Polis turut berpuas hati dengan kerjasama semua pihak bertanding yang mematuhi ketetapan yang dikeluarkan.
[TERKINI] Reuters tidak laporkan Malaysia sebagai negara pengganas
Laporan berita dikaitkan dengan reuters.
Yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.
Yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.
PRK KKB: Warga emas lumpuh tekad keluar mengundi walau terpaksa diusung
Zul berkata dia tidak mahu melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.