KUALA LUMPUR: Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas perdana menteri itu.
Jumaat lepas peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa beliau juga tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.
Hakim Tengku Maimun bagaimanapun berkata mahkamah akan menangani perkara itu pada hari Selasa ini. Mahkamah sebelum ini menetapkan 15 hingga 19 Ogos serta 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan berkenaan.
Sehubungan itu, ramai dalam kalangan pengamal undang-undang berpendapat bahawa mahkamah tertinggi itu boleh membuat keputusan serta-merta walaupun tiada hujahan daripada peguambela Najib.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata ini kerana mahkamah boleh membuat keputusan berdasarkan hujahan bertulis yang difailkan sebelum ini oleh pasukan pembelaan Najib di Mahkamah Rayuan tahun lepas.
BACA: "Ada tiga hari lagi, takkan tak cukup masa?" - Tengku Maimun ingatkan peguam Najib
Beliau berkata ia juga boleh dibuat berdasarkan petisyen rayuan yang difailkan oleh peguam cara Najib sebelum ini pada 25 April lepas, yang menyenaraikan 94 alasan mengapa Najib perlu dibebaskan.
"Terdapat bahan yang mencukupi di hadapan Mahkamah Persekutuan untuk dibincangkan walaupun tanpa penghujahan lisan. Oleh itu, tidak mungkin kes itu akan ditangguhkan," katanya.
Peguam Lim Wei Jiet juga bersetuju dengan pandangan itu, dan mengatakan bahawa sebagai mahkamah tertinggi negara, ia berkemungkinan akan membuat keputusan berdasarkan alasan rayuan dalam memorandum rayuan, rekod rayuan serta hujahan dalam Mahkamah Rayuan sebelum ini oleh pasukan pembelaan Najib.
Sementara itu, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar berpendapat mahkamah mungkin memuktamadkan perbicaraan pada hari itu, tetapi akan mengekalkan penghakimannya kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
"Keputusan itu mungkin akan disampaikan pada hari lain," kata peguam itu.
Ikuti perkembangan kes Najib Razak di sini
Pihak pendakwaan yang diketuai oleh pendakwa ad hoc Datuk V.Sithambaram ketika menggulung hujahannya Jumaat lepas berkata, mahkamah boleh terus sahaja membincangkan keputusan mereka, sekiranya tiada hujahan bertulis atau lisan baharu bekas perdana menteri itu.
Memetik undang-undang kes, Sithambaram berhujah bahawa terdapat dahuluan bagi mahkamah untuk "meneruskan dengan sewajarnya" kerana pihak pembelaan telah menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk memfailkan sebarang hujahan baharu bagi rayuan itu.
BACA: Sukar dipercayai Najib butakan mata, pekakkan telinga wang berjuta masuk akaun peribadi - DPP
Jumaat lepas merupakan hari kedua pedengaran hujahan oleh panel itu, yang turut dianggotai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, serta hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd, untuk mendengar keputusan akhir Najib merayu bagi membatalkan sabitan dan hukumannya.
Dua hari prosiding menyaksikan pelbagai peristiwa menarik. Hisyam mula-mula cuba menarik diri daripada mewakili Najib, namun permohonannya ditolak oleh mahkamah, dan mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan mereka.
Peguam itu sekali lagi meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan kepada Khamis minggu depan kerana dia mempunyai kes lain pada Selasa dan Rabu, namun ia ditolak oleh mahkamah.
Pada 16 Ogos, mahkamah telah menolak permohonan Hisyam untuk menangguhkan pendengaran rayuan dan mengarahkan rayuan diteruskan pada 18 Ogos.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Banyak ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (01 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
Program Soal Jawab Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI #AWANInews
#MalaysiaMADANI #AWANInews
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Tiada temu bual terhadap Pengarah SRC atas urus niaga syarikat - Saksi
Penyelesai hutang bagi SRC BVI memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia tidak menemu bual mana-mana pengarah SRC International berkaitan urus niaga syarikat itu.
AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman KWAP kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
SRC mangsa penipuan berskala besar yang didalangi Najib - Peguam
Peguam utama SRC International Datuk Lim Chee Wee berkata Najib melakukan kesalahan ini melalui pelbagai jawatan awam yang dipegang beliau.
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
Kes Najib: Perlu pendekatan proaktif dari segi komunikasi - Penganalisis
Rozhan Othman berpendapat, kelemahan komunikasi ini menyebabkan timbul bermacam pandangan berhubung perkara tersebut.
Najib hanya terima belas ihsan, bukan pengampunan penuh - Prof Shamrahayu
Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.
Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta
Hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.