awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Persekutuan tolak semakan Kerajaan Perlis kembalikan status Islam anak Loh

Bernama
Bernama
08/04/2025
15:45 MYT
Mahkamah Persekutuan tolak semakan Kerajaan Perlis kembalikan status Islam anak Loh
Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, menyampaikan keputusan sebulat suara itu bersama-sama Hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama Islam membabitkan tiga anak Loh Siew Hong.
Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, menyampaikan keputusan sebulat suara itu bersama-sama Hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
"Kami mendapati tiada merit dalam permohonan ini dan pemohon tidak memenuhi syarat ambang yang ditetapkan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. Tiada ketidakadilan berlaku. Oleh itu, permohonan ini ditolak tanpa perintah kos," kata Hakim Hasnah.
Peguam A. Srimurugan mewakili Loh manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili kerajaan Perlis.
Kerajaan Negeri Perlis memfailkan permohonan semakan itu kepada Mahkamah Persekutuan pada 30 Okt tahun lepas untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang menafikan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan tiga pihak lagi.
Kerajaan negeri mendakwa keputusan itu telah menjejaskan hak mereka untuk didengar dan memohon pendengaran semula bagi kebenaran merayu.
Permohonan itu bagaimanapun, ditolak pada 14 Mei tahun lepas, menghalang pemohon termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin daripada meneruskan rayuan mereka.
Loh pula memfailkan afidavit bagi membantah permohonan itu.
Pada 10 Jan 2024, Mahkamah Rayuan membatalkan penukaran agama anak-anak Loh kepada Islam dan mengisytiharkan mereka beragama Hindu. Keputusan itu telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2023 yang sebelum ini menolak semakan kehakiman Loh untuk membatalkan penukaran agama anaknya.
Ibu tunggal berusia 37 tahun itu memfailkan semakan kehakiman pada 25 Mac 2022, memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan mendakwa bekas suaminya M. Nagahswaran, yang memeluk Islam, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran Loh.
Tiga kanak-kanak itu yang sebelum ini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, diserahkan semula kepada Loh pada 21 Feb 2022 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Mahkamah Persekutuan
#MAIPs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan