awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Parlimen Tapah lagi

Bernama
Bernama
20/02/2014
09:32 MYT
Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Parlimen Tapah lagi
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kawasan Parlimen Tapah selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini sekali lagi menolak petisyen yang difailkan calon PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi kawasan itu dengan kos.
Hakim Abdul Rahman Sebli yang membuat keputusan itu berkata petisyen yang dikemukakan K. Vasantha Kumar mempunyai kecacatan dan fakta yang diperjelaskan adalah tidak sempurna.
Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata pempetisyen mendakwa bahawa berlaku sogokan ketika PRU13, namun tidak dinyatakan secara terperinci siapa yang melakukannya.
Petisyen itu juga tidak menyentuh mengenai keputusan pilihan raya dengan tidak memperjelaskan secara terperinci bagaimana kekalahan itu berlaku, katanya.
Dengan itu, mahkamah memutuskan responden pertama iaitu Datuk M. Saravanan daripada BN dipilih sebagai anggota Parlimen Tapah dengan sewajarnya.
Abdul Rahman juga memerintahkan pempetisyen membayar RM50,000 kepada Saravanan dan RM30,000 masing-masing kepada responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Tapah Razali Bakar dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peguam Abu Bakar As Sidiq mengetuai barisan peguam Saravanan dan Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke serta Khairul Nizam Abu Bakar mewakili Razali dan SPR.
Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Tapah diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.
Saravanan menewaskan Vasantha, dua calon Bebas Ridzuan Bani dan Shaharuzzaman Bistamam dengan majoriti 7,927 undi bagi kerusi Parlimen Tapah.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Sebli
#BN
#K Vasantha Kumar
#keputusan
#M. Saravanan
#Mahkamah Pilihanraya
#Parlimen Tapah
#PKR
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan