Berikut adalah kenyataan akhbar oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkaitan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak berperlembagaan:
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti. Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan sekyen tersebut tidak berperlembagaan. Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut:
“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu. PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan. Pada kebiasaan hakim-hakim akan membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan mahkamah.
Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.
Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Trengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam. Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna ‘precepts of Islam’ bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam. Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.
Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.
Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam. Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi). Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa. Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk dipenuhi.
Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya. Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain. Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation). Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sesama sendiri.
Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambil kira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan strucktur asas ini akan mengakibatkan jatidiri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah.
Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.
PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan. PPMM juga mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan itu. PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan “amicus curae” di dalam prosiding tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan di dalam rayuan tersebut.
PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak. Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja. Keputusan ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di negeri-negeri lain. MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada undang-undang di negeri berkenaan.
PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya dalam perkara ini.
PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya.
Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Media Statement
Sun Nov 09 2014
Presiden PPMM Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar. -Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Mahkamah Rayuan gagal ambil kira norma masyarakat Melayu Islam - PPMM
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak.