awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati terhadap ahli perniagaan edar ganja

Bernama
Bernama
02/08/2023
08:37 MYT
Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati terhadap ahli perniagaan edar ganja
Panel tiga hakim menolak rayuan Mohammad Firdaus Mohsin, 38, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atasnya. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang ahli perniagaan kerana mengedar 9.528 kg ganja.
Ini berikutan keputusan panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk See Mee Chun dan Datuk Azmi Ariffin yang menolak rayuan Mohammad Firdaus Mohsin, 38, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atasnya.
Ketika menyampaikan keputusan itu, Hadhariah berkata tiada merit dalam rayuan Mohammad Firdaus.
Beliau berkata sabitan terhadap Mohammad Firdaus adalah selamat untuk dikekalkan.
Pada 3 Dis, 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Mohammad Firdaus bersalah mengedar dadah itu di tepi Jalan Bukit di hadapan bangunan parkir kereta stesen kereta api KTMB Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor pada pukul 10 malam, 28 Mac 2017.
Mohammad Firdaus mempunyai satu lagi peluang merayu di Mahkamah Persekutuan.
Menurut fakta kes, sepasukan polis daripada bahagian siasatan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah dihantar ke kawasan itu setelah mendapat maklumat dan ternampak Muhammad Firdaus yang membawa dua beg berada dalam keadaan yang mencurigakan.
Seorang pegawai polis mendekati Mohammad Firdaus dan mengarahkannya untuk membuka beg berkenaan. Mereka menemukan beberapa kepingan daun-daun mampat dalam satu daripada beg itu yang kemudiannya disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai ganja.
Dalam pembelaannya, Mohammad Firdaus mendakwa beg berkenaan bukan kepunyaannya tetapi milik seorang pemandu Uber. Beliau berkata dia menjaga beg itu sementara menunggu pemandu Uber itu meletakkan keretanya di tempat letak kereta.
Mohammad Firdaus mendakwa beliau datang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang untuk menghadiri satu acara dan menunggu bapa saudaranya untuk mengambil dia ke rumah lelaki itu di Sungai Ramal, Kajang.
Sewaktu perbicaraan, pemandu Uber Mohd Sabri Salleh memberi keterangan bahawa dia menerima tempahan daripada Mohammad Firdaus menerusi aplikasi Uber untuk menghantar ahli perniagaan itu dari KL Sentral ke stesen KTMB Kajang.
Beliau berkata dia nampak Mohammad Firdaus membawa beg-beg itu dan kemudian meletakkan beg-beg itu bersebelahannya (Muhammad Firdaus) di kerusi belakang kereta.
Peguam Afifuddin Ahmad Hafifi mewakili Mohammad Firdaus sementara Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#hukuman mati
#edar ganja
#Mahkamah Rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan