awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
Tumpang tandas, alasan remaja dicekup berkhalwat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah: Remaja lelaki didakwa bunuh ASP Margaret Tagum

Bernama
Bernama
15/09/2015
07:07 MYT
Mahkamah: Remaja lelaki didakwa bunuh ASP Margaret Tagum
Remaja berumur 17 tahun dan tidak bersekolah itu dituduh membunuh ASP Margaret Tagum Goen (gambar), 32, di Batu 4, KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, antara 1 pagi dan 2.45 pagi, 6 Sept lepas.
Seorang remaja lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang pegawai polis trafik, awal bulan ini.
Remaja berumur 17 tahun dan tidak bersekolah itu dituduh membunuh ASP Margaret Tagum Goen, 32, di Batu 4, KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, antara 1 pagi dan 2.45 pagi, 6 Sept lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Remaja itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ibu dan bapa tertuduh turut hadir di mahkamah.
Mahkamah menetapkan 28 Okt depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rasidah Abd Radzaz manakala remaja lelaki itu diwakili peguam Vijaya Sandran.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret Kluang
#Margeret Tagum
#membunuh
#polis trafik
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan