awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Sesyen tetapkan 9 Nov untuk pengurusan kes peguam Kamal Hisham

Bernama
Bernama
25/10/2015
05:36 MYT
Mahkamah Sesyen tetapkan 9 Nov untuk pengurusan kes peguam Kamal Hisham
Pengurusan kes peguam Kamal Hisham Ja'afar (gambar) yang mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa sebagai pengarah syarikat ditetapkan pada 9 Nov. -fotoBERNAMA
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 9 Nov depan untuk pengurusan kes peguam Kamal Hisham Ja'afar yang mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa sebagai pengarah syarikat.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh baharu itu bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen lengkap daripada pihak pendakwaan.
Pada prosiding hari ini, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Azies Han Mohd Fadzil berkata terdapat dokumen yang diperlukan dalam kes itu yang belum diperoleh pihaknya.
"Sepatutnya hari ini adalah untuk menyerahkan dokumen lengkap, namun, terdapat dokumen yang belum dirampas dan dokumen itu perlu bagi kes ini.
"Mohon tarikh 9 Nov untuk melengkapkan dokumen dan tarikh baharu bagi pengurusan kes ini," katanya. Kamal Hisham, 45, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Ayer Molek, di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 8 Sept lepas.
Dia dituduh menyalah guna kedudukannya sebagai Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd berhubung penyewaan ruang niaga di JB Sentral, di sini, antara 2009 dan 2011 mengikut Akta Syarikat 1965.
Kamal Hisham diwakili peguam Mohd Ashram Zakaria dan Datuk Hanif Hassan.
Anggota keluarga beliau turut hadir di mahkamah hari ini bagi mengikuti prosiding berkenaan.
Prosiding pengurusan kes itu sebelum ini dilakukan 11 Okt lepas, namun, hakim sebelum ini, Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh baharu hari ini kerana pihak pendakwaan masih menunggu baki 10 peratus lagi dokumen yang akan diterima daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sebelum diserahkan kepada pembelaan.
Topic Berkaitan
#Kamal Hisham Ja'afar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan