awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Bursa Malaysia ditutup tinggi naik 0.63 peratus disokong kenaikan saham teknologi
Selangor FC lantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Shah Alam terima panggilan bom palsu kedua dalam 2 bulan

Bernama
Bernama
14/01/2013
03:31 MYT
Mahkamah Shah Alam terima panggilan bom palsu kedua dalam 2 bulan
Prosiding di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam terganggu kira-kira sejam hari ini gara-gara panggilan bom palsu.
Ia merupakan panggilan bom palsu kedua berlaku di kompleks berkenaan dalam tempoh dua bulan, selepas kejadian pertama dilaporkan pada November lepas.
Lebih 400 petugas mahkamah termasuk orang awam diarah mengosongkan kompleks itu dan berhimpun di perkarangan letak kereta sementara menunggu pasukan unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan memeriksa seluruh bangunan mahkamah.
Mereka bagaimanapun tidak menemui bom atau sebarang unsur bahan letupan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata polis menerima maklumat mengenai panggilan bom itu kira-kira pukul 8.40 pagi selepas pihak mahkamah memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa terdapat bom di kawasan tempat letak kenderaan di bahagian tingkat bawah dan kafeteria.
Topic Berkaitan
#bom palsu
#Mahkamah Tinggi Shah Alam
#panggilan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan