KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Julai ini untuk memutuskan permohonan dua peguam dan seorang aktivis merujuk dua persoalan undang-undang berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, ke Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili ketiga-tiga mereka selaku plaintif dan Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mewakili defendan terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, SPRM dan Kerajaan Malaysia.
Terdahulu, Malik Imtiaz berhujah bahawa soalan itu adalah kompleks, melibatkan isu kuasa siasatan jenayah, kebebasan badan kehakiman berbanding doktrin pemisahan kuasa dan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman.
'Walaupun terdapat beberapa keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu berbeza ini, tiada keputusan daripada mahkamah berkenaan ke atas kuasa badan siasatan jenayah itu untuk menyiasat seorang hakim atau kuasa pendakwa raya untuk melaksanakan prosiding terhadap seorang hakim untuk sesuatu kesalahan," katanya.
Peguam itu berkata sejauh mana yang disedari plaintif, siasatan SPRM ke atas Hakim Mahkamah Rayuan itu sesuatu yang tidak pernah berlaku dahulu.
"Siasatan ini dilihat membangkitkan seolah-olah badan kehakiman itu sendiri sedang diserang. Siasatan oleh SPRM boleh memberi kesan kepada keyakinan orang ramai kepada badan kehakiman. Ini merupakan suatu perkara yang sangat penting yang memberi kesan kepada badan kehakiman secara keseluruhan," katanya.
Beliau berkata seharusnya, satu aduan bertulis boleh dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara oleh mereka yang membuat laporan dengan SPRM terhadap Hakim Mahkamah Rayuan atau SPRM sendiri.
Sementara itu, Ahmad Terrirudin berhujah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91) memerlukan kewujudan isu-isu tertentu untuk ditentukan Mahkamah Tinggi, berasingan dan berbeza daripada persoalan perlembagaan untuk dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.
"Ia juga perlu dihantar kembali ke Mahkamah Tinggi untuk diselesaikan. Seksyen 84 ialah satu mekanisme untuk merujuk soalan tertentu kepada Mahkamah Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk memindahkan keseluruhan kes ke Mahkamah Persekutuan.
Kesan permohonan ini akan boleh membuatkan mahkamah menyelesaikan keseluruhan kes sebagai mahkamah pertama dan tertinggi serta mengurangkan peranan Mahkamah Tinggi hanya kepada sebagai utusan. Ini adalah bertentangan kepada skim Perlembagaan Persekutuan selain Seksyen 84 Akta 91," katanya.
Dua peguam, Nur Ain Mjustapa dan Sreekant Pillai serta aktivis Haris Fathillah Mohamed Ibrahim memfailkan satu saman pemula untuk menuntut pengisytiharan bahawa siasatan yang dilakukan SPRM ke atas Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.
Mereka membangkitkan dua persoalan sama ada badan siasatan jenayah termasuk SPRM hanya dibenarkan dari segi undang-undang untuk menyiasat hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang digantung menurut Perkara 125 (5) Perlembagaan Persekutuan dan sama ada pendakwa raya diberi kuasa untuk melaksanakan sebarang prosiding bagi suatu kesalahan terhadap hakim yang masih berkhidmat di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam saman yang difailkan pada 6 Mei, ketiga-tiga plaintif menuntut deklarasi bahawa SPRM tidak berhak untuk menyiasat hakim-hakim yang masih berkhidmat melainkan mereka telah digantung atau dipecat.
Mereka juga memohon perisytiharan bahawa seorang pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim-hakim mahkamah yang berkhidmat selain memohon deklarasi siasatan terhadap Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.
Sementara itu, ketiga-tiga plaintif menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama saman pemula berkata pihak media telah melaporkan suruhanjaya itu sudah memulakan satu siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan kewujudan wang dalam akaun beliau yang tidak dapat dijelaskan berikutan laporan yang dibuat kepada SPRM.
Mereka mendakwa siasatan oleh SPRM terhadap hakim itu adalah satu pelanggaran oleh cabang Eksekutif terhadap kebebasan badan kehakiman dan prinsip pemisahan kuasa.
Baru-baru ini, Mohd Nazlan, yang mendengar kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd telah membuat laporan polis berhubung artikel berita yang mendakwa beliau sedang disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Julai ini untuk memutuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, ke Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Satu lagi pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Mokhtar, isteri pada 26 April
Mahkamah Rayuan menetapkan 26 April depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya daripada tiga pertuduhan rasuah.
Kes VLN: Tarikh akhir rayuan pembebasan Zahid Hamidi 9 September
Tarikh 9 September ditetapkan sebagai tarikh untuk rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.