awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Thailand akan putuskan ekstradisi ahli perniagaan Malaysia pada 18 Jan

Bernama
Bernama
23/12/2022
14:51 MYT
Mahkamah Thailand akan putuskan ekstradisi ahli perniagaan Malaysia pada 18 Jan
Ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki, Teow Wooi Huat akan mengetahui nasibnya pada 18 Jan apabila Mahkamah Jenayah Bangkok memutuskan sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau China. - Gambar fail
BANGKOK: Ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki, Teow Wooi Huat akan mengetahui nasibnya pada 18 Jan apabila Mahkamah Jenayah Bangkok memutuskan sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau China.
Kedua-dua negara telah mengemukakan permintaan ekstradisi kepada pihak berkuasa Thailand ke atas pengasas Kumpulan MBI berusia 55 tahun itu atas dakwaan menipu pelabur melalui skim pelaburan yang meragukan.
Walaupun ditahan selama lebih 150 hari, Teow tampil dengan penuh semangat hari ini dan memberitahu mahkamah bahawa semua pertuduhan yang difailkan pihak berkuasa China terhadapnya adalah "tidak berasas dan palsu".
"Semua bukti yang dikemukakan (oleh pihak berkuasa China) tidak logik dan tidak berasas.
"Sudah tentu, saya tidak mahu dihantar pulang ke China. Saya tidak melakukan apa-apa jenayah di China," katanya kepada mahkamah.
Polis Beijing dilaporkan mahu dia disoal siasat berikutan saman yang difailkan oleh kira-kira 400 pelabur dari China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai kira-kira RM100 juta.
Usahawan kelahiran Pulau Pinang itu bagaimanapun mengakui bahawa dia telah melakukan jenayah di Malaysia "beberapa tahun lalu".
Dia ditahan pada 21 Julai di Danok, Thailand dan visanya dibatalkan. Sejak itu, dia berada dalam tahanan Polis Imigresen Thailand dan menunggu pengusiran.
Teow juga berada dalam senarai orang dikehendaki Polis Diraja Malaysia untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan permintaan ekstradisi rasmi telah dikemukakan kepada pihak Thailand pada 20 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Thailand
#ahli perniagaan malaysia
#Teow Wooi Huat
#ekstradisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan