awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi batal keputusan Koroner dalam inkues Zara Qairina

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2025
07:35 MYT
Mahkamah Tinggi batal keputusan Koroner dalam inkues Zara Qairina
Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Koroner Azreena Aziz yang membenarkan peguam lima remaja terlibat dalam kes buli Zara Qairina (foto) menjadi pihak berkepentingan dalam inkues. -Gambar fail/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, membatalkan keputusan Koroner yang membenarkan peguam mewakili lima remaja yang didakwa terlibat dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir daripada menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Koroner Azreena Aziz yang membenarkan peguam lima remaja terlibat dalam kes buli Zara Qairina menjadi pihak berkepentingan dalam inkues.
  • Hakim Duncan Sikodol menegaskan keputusan substantif perlu dibuat oleh koroner baharu demi ketidakberpihakan, dan semua permohonan boleh dikemukakan semula.
  • Inkues akan diteruskan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassa, dan SLS dibenarkan kekal sebagai pemerhati dalam prosiding.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan daripada pasukan peguam keluarga Allahyarham Zara serta Persatuan Guaman Sabah (SLS), yang memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Koroner Azreena Aziz pada 28 Ogos lalu, lapor The Star.
Menurut Duncan, Koroner Azreena telah mengeluarkan perintah membenarkan penyertaan peguam remaja terbabit sebagai pihak berkepentingan sejurus sebelum menarik diri daripada mengendalikan inkues atas alasan mempunyai kepentingan peribadi.
Beliau menegaskan bahawa keputusan substantif seperti itu sepatutnya diserahkan kepada koroner baharu bagi menjamin prinsip ketidakberpihakan.
“Segala perintah yang dibuat berhubung sebarang permohonan dalam inkues ini adalah dibatalkan. Pihak-pihak bebas untuk mengemukakan semula permohonan mereka kepada koroner baharu,” katanya dalam penghakiman.
Inkues dijadualkan bermula esok di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassa.
Peguam kepada lima remaja terbabit, Datuk Ram Singh, memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding tersebut.
Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap pembabitan SLS sebagai pemerhati.
Duncan menjelaskan bahawa SLS mempunyai peranan penting dalam memantau perjalanan prosiding dan memberi bantuan kepada mahkamah jika diperlukan.
Beliau turut merujuk kepada Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan kuasa Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula rekod prosiding mahkamah bawahan bagi memastikan ketepatan dan kewajaran sesuatu keputusan.
Kes Zara Qairina, pelajar sebuah sekolah agama di Papar, menarik perhatian umum selepas beliau dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan yang dikaitkan dengan insiden buli.
Topic Berkaitan
#inkues
#Zara Qairina Mahathir
#Mahkamah Tinggi
#batal keputusan Koroner
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan