Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya untuk mencabar keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara mereka ketika lawatan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan seorang banduan tertakluk kepada arahan dan peraturan oleh ketua pengarah penjara dan mahkamah tidak boleh campur tangan dalam proses membuat keputusan yang dijalankan oleh pihak penjara.
Nik Hasmat dalam penghakiman ringkasnya berkata keputusan pihak penjara tidak membenarkan sentuhan fizikal ketika lawatan bukan sesuatu yang tidak rasional, tidak sah dan tidak mematuhi prosedur.
Hakim itu berkata tiada keperluan untuk pihak penjara menyatakan alasan mengapa mereka menolak permohonan yang dikemukakan oleh pemohon (Anwar).
"Hakikatnya pemohon (Anwar) kini ialah seorang banduan dan beliau tertakluk kepada segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Penjara," katanya yang turut memerintahkan kesemua pemohon membayar kos sebanyak RM1,000 kepada responden iaitu Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri.
Selain Anwar, 69, pemohon dalam kes itu ialah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 64, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 36, Nurul Nuha, 33, Nurul Ilham, 29, dan Nurul Iman, 26.
Turut memfailkan permohonan itu ialah anak Nurul Izzah, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Raja Ahmad Harith, masing-masing berumur 10 dan lapan tahun, serta anak Nurul Nuha iaitu Sulaimaan Mohamad Khairul dan Yahya, masing-masing berumur lima dan empat tahun.
Mereka memohon perintah bahawa keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac 2016 yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara Anwar dan kesemua anggota keluarga dibatalkan.
Mereka mendakwa semasa lawatan ke penjara yang dibenarkan setiap tiga minggu sekali, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dipisahkan daripada mereka melalui dinding kaca dan percakapan hanya dibuat melalui telefon.
Anwar, melalui surat peguam caranya bertarikh 2 Mac 2016, telah memohon kepada ketiga-tiga responden supaya membenarkan sentuhan fizikal semasa lawatan keluarga ke penjara tetapi mendakwa pengarah Penjara Sungai Buloh menolak permohonan berkenaan melalui surat bertarikh 14 Mac 2016.
Pada 3 Nov 2016, mahkamah memberi kebenaran kepada Anwar dan keluarganya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman selepas mendapati terdapat isu yang perlu dibicarakan.
Peguam N. Surendran yang mewakili kesemua pemohon ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini secepat mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2017
Hakim berkata, Anwar kini ialah seorang banduan dan beliau tertakluk kepada segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Penjara. - Gambar fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.