Skip to main content

Dunia

Trump akui perang Iran jejas Republikan, namun pertahan keputusan ketenteraan

Presiden Donald Trump berucap di White House, Washington, pada Rabu. - Gambar Reuters
Presiden Donald Trump berucap di White House, Washington, pada Rabu. - Gambar Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu menegaskan, perang dengan Iran berbaloi diteruskan walaupun mengakui konflik itu memainkan peranan dalam kekalahan Parti Republikan pada pilihan raya pertengahan penggal yang menyaksikan parti tersebut kehilangan penguasaan Kongres.

Menurut Trump, tindakan ketenteraan terhadap Iran adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan akan terus diteruskan.

“Isu Iran adalah sesuatu yang perlu kami lakukan dan kami akan terus melakukannya,” katanya kepada wartawan.

Advertisement

Perang berkenaan turut dikaitkan dengan kenaikan harga petrol yang dianggap antara faktor utama membantu Parti Demokrat mencatatkan peningkatan sokongan dalam pilihan raya itu.

Bagaimanapun, Trump mempertahankan pendiriannya dengan menyatakan konflik tersebut perlu bagi menghalang Tehran daripada memiliki senjata nuklear.

Advertisement

Beliau turut mengulas kenyataan Naib Presiden, JD Vance yang memuat naik hantaran di media sosial pada hari sama dan menyifatkan perang itu sebagai punca kekalahan besar Republikan dalam pilihan raya.

Trump berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan pandangan tersebut, namun menegaskan beliau tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuat.

“Setakat perang itu, saya tidak akan melakukan apa-apa secara berbeza,” katanya.

Pada masa sama, Trump sekali lagi mendakwa Republikan berkemungkinan memenangi pilihan raya sekiranya beliau sendiri bertanding.

Menurutnya, sokongan luar biasa yang diterimanya sepanjang kempen pilihan raya tidak dapat diterjemahkan kepada calon-calon lain daripada parti berkenaan.

“Terdapat begitu banyak sokongan di perhimpunan-perhimpunan itu. Ia sesuatu yang luar biasa, tetapi kami tidak berjaya menterjemahkan sokongan tersebut kepada calon-calon parti,” katanya. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement