awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC

Bernama
Bernama
23/01/2025
14:50 MYT
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC mengenai sekatan dikenakan terhadap hantaran di Facebooknya pada 2024. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai sekatan dikenakan terhadap hantaran di Facebooknya pada 2024.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Anand Ponnudurai.
Menurut peguam A. Srimurugan yang mewakili peguam Dr Shamsher Singh Thind, mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan untuk mengalih keluar hantaran Shamsher Singh telah dilakukan Facebook dan bukan MCMC, justeru ia tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.
Beliau juga berkata hakim berpendapat bahawa tindakan MCMC bukanlah 'keputusan' yang boleh dikaji semula oleh mahkamah, kerana MCMC hanya mengeluarkan permintaan untuk tindakan manakala keputusan itu dibuat oleh Facebook.
"Hakim berkata platform media sosial mempunyai kata putus dalam pengawalan kandungan, walaupun diminta oleh pengawal selia seperti MCMC," kata peguam itu ketika dihubungi.
Pada 4 Jun, Shamsher Singh memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan permintaan pentadbiran yang menyebabkan siaran Facebooknya disekat untuk pengguna Malaysia, pada Mei 2024.
Dalam permohonannya, peguam itu mendakwa MCMC telah melanggar kebebasan bersuara dengan menyekat hantaran tersebut.
Shamsher Singh juga mahu mahkamah mengisytiharkan tindakan pengawal selia itu menyalahi undang-undang dan mahu MCMC menggugurkan 'arahan' kepada Facebook yang meminta hantaran itu disekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#MCMC
#prosiding semakan kehakiman
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan