KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi memindahkan kes samannya terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa menyalahgunakan dana berjumlah AS$250 juta bagi menerbitkan filem dan membeli hartanah, supaya didengar di hadapan hakim lain.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan turut mengarahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
1MDB memohon agar kes itu didengar bersama-sama satu lagi saman yang difailkan terhadap Najib dan tujuh lagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah peguam Rabindra S.Nathan dan Lim Jun Rui yang mewakili 1MDB serta tiga anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited.
Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Genevieve Vanniasingham pula mewakili Riza Shahriz serta kedua-dua syarikatnya.
Muhammad Farhan ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan berkata pendengaran saman tersebut akan diteruskan pada Oktober depan sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini di hadapan Raja Ahmad Mohzanuddin.
Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan tiga anak syarikatnya telah memfailkan saman terhadap Riza Shahriz dan dua syarikatnya atas dakwaan menerima dana kira-kira AS$248 juta yang disalah guna untuk kepentingan peribadi termasuk membiayai penerbitan filem dan membeli pelbagai hartanah.
Plaintif memohon deklarasi bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab menyalahgunakan dana itu dan menuntut agar ia dibayar balik.
Riza Shahriz dan dua syarikatnya dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 25 Okt 2021 mendakwa telah mendapat pinjaman daripada keluarga diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company untuk menerbitkan beberapa filem di Amerika Syarikat.
Riza Aziz mendakwa sukar bagi penerbit filem yang tidak dikenali untuk memperoleh pinjaman daripada bank, oleh itu beliau terpaksa mendapatkan dana daripada individu atau syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited. - Gambar fail
Kerani rugi RM109,540 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Lelaki warga AS mengaku salah miliki video lucah, pornografi kanak-kanak
Tertuduh, David Matthew Frahm, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
[TERKINI] Majlis Perasmian Persidangan DSA & Natsec 2024
Majlis Pembukaan Pameran Dan Persidangan DSA & Natsec Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.