KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga asing, berhak mendapat hak melalui pelaksanaan undang-undang untuk menjadi warganegara Malaysia, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak-pihak dalam prosiding itu secara dalam talian.
Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar apabila dihubungi berkata hakim mendapati ibu-ibu yang merupakan plaintif, telah menunggu lama dan mengalami kesukaran dan mereka tidak boleh menunggu sehingga proses rayuan berakhir kerana ia akan menjejaskan plaintif dan menyebabkan mereka terus mengalami kesukaran.
"Hakim Akhtar dalam keputusannya memutuskan bahawa pendirian defendan adalah bercanggah. Di satu pihak, mereka berkata pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan ibu hak itu harus terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja. Ini mengandaikan pindaan itu perlu.
"Bagaimanapun, tidak timbul soal pindaan kerana mahkamah telah memutuskan bahawa ibu mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, jika pindaan itu diteruskan, tidak timbul soal menarik balik sebarang dokumen yang dikeluarkan kepada ibu seperti yang diarahkan oleh mahkamah," kata Gurdial.
Defendan adalah kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurut Gurdial, hakim itu juga mengatakan jika defendan berhasrat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka tidak boleh meletakkan sebarang halangan untuk ibu-ibu berkenaan.
Beliau berkata mahkamah juga memerintahkan kerajaan membayar kos RM5,000.
Pada 9 Sept, Hakim Akhtar dalam keputusan membenarkan saman plaintif bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak melalui peraturan undang-undang untuk menjadi warganegara Malaysia.
Berikutan itu, kerajaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dan turut memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan itu.
Melalui saman pemula yang difailkan pada 18 Dis tahun lepas, mereka memohon enam perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perkara 8 (2) bagi memasukkan ibu rakyat Malaysia sebagai syarat untuk bayi yang dilahirkan di luar negara diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.
Antara lain, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak-pihak dalam prosiding itu secara dalam talian. - Gambar fail/Astro AWANI
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
PRU15: BN sedia beri kerakyatan kepada anak lahir di luar negara - Zahid Hamidi
Hak anak-anak dari perkahwinan campur atau yang berbeza identiti bangsa dan agama tidak boleh dinafikan.
Mahkamah Persekutuan isytihar remaja tidak bernegara sebagai warga Malaysia
Mahkamah Persekutuan hari ini memberikan kerakyatan Malaysia kepada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilahirkan di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 2004 oleh wanita yang tidak dikenali.
Mahkamah tolak permohonan kerajaan gantung keputusan isu kerakyatan anak lahir di luar negara
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung keputusan berhubung hak kerakyatan bayi yang lahir di luar negara.