KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh lima guru sekolah dan 19 petugas Universiti Malaya (UM) terhadap pekeliling kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil vaksin COVID-19.
Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin ketika mengesahkan perkara itu berkata Hakim Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu tanpa perintah mengenai kos semasa prosiding dalam talian.
"Mahkamah memutuskan bahawa pekeliling perkhidmatan tidak menjejaskan mana-mana hak perlembagaan pemohon (guru dan petugas UM).
"Sebagai penjawat awam, melainkan mereka termasuk di bawah pengecualian perubatan yang tidak layak, mereka terikat untuk mematuhi pekeliling perkhidmatan yang sah dan memenuhi tujuan kesihatan awam yang sah," kata Liew.
Pada 24 Mei tahun lepas, kedua-dua kumpulan itu memperoleh kebenaran untuk memulakan permohonan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan arahan kerajaan supaya melaksanakan program itu berdasarkan pekeliling yang dihantar kepada mereka.
Pada 27 Okt 2021, lima guru dari lima sekolah berbeza bersama-sama memfailkan permohonan semakan kehakiman mereka terhadap enam responden, iaitu Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kesihatan Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan dan Kerajaan Malaysia.
Pada 29 Okt 2021 pula, 19 petugas UM memfailkan permohonan semakan kehakiman yang serupa secara berasingan bagi mendapatkan sembilan perintah mahkamah dan menamakan Pendaftar UM, Ketua Pengarah JPA, Menteri Kesihatan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Kedua-dua kumpulan itu mendakwa sebagai penjawat awam, mereka perlu diberi kebebasan untuk memilih sama ada menyertai program itu atau tidak.
Mereka berkata tindakan kerajaan untuk memaksa mereka mengambil vaksin bertentangan dengan hak asasi mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, mereka juga mahu kerajaan memberikan mereka hasil ujian klinikal ke atas semua vaksin yang digunakan dan segala kesan sampingan yang dilaporkan sejak permulaan program imunisasi tahun lepas.
Kesemua 24 pemohon itu telah mengambil pendirian bahawa keputusan kerajaan berkenaan pengambilan vaksin tanpa persetujuan mereka adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional dan tidak berperlembagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Hakim Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu tanpa perintah mengenai kos semasa prosiding dalam talian. - Gambar hiasan
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman guru, petugas UM wajibkan ambil vaksin COVID-19
Mahkamah Tinggi menolak dua permohonan semakan kehakiman difailkan oleh lima guru sekolah dan 19 petugas UM terhadap pekeliling kerajaan yang mewajibkan mereka mengambil vaksin COVID-19.