PUTRAJAYA: Datuk Mas Ermieyati Samsudin kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Panel tiga hakim terdiri daripada Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan hakim Pilihan Raya tidak terkhilaf dalam dapatannya ketika menolak petisyen pilihan raya Abdul Hakim.
Ketika membacakan keputusan itu, Hakim Nallini berkata peguam perayu berhujah hakim Pilihan Raya telah terkhilaf apabila gagal membuat kesimpulan daripada bukti yang ada atas kesalahan rasuah di bawah Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Bagaimanapun, peguam responden (Mas Ermieyati) berhujah sebaliknya. Perkara paling penting ialah istilah 'mendorong mana-mana pemilih atau pengundi untuk mengundi atau menahan daripada mengundi'.
"Kami diminta membuat rumusan bahawa dorongan mengikut maksud Seksyen 10(a) boleh disimpulkan daripada tindakan pemberian wang semata-mata tanpa tambahan kepada pengundi selepas mengundi. Kami menegaskan bahawa sebarang tindakan pemberian wang untuk tujuan mengundi atau seumpamanya, adalah amalan keji dan tidak dibenarkan oleh mahkamah dalam apa jua keadaan," katanya.
Hakim Nallini seterusnya berkata Seksyen 10 (a) secara jelas memerlukan bukti dorongan bermaksud bahawa pengundi perlu dipujuk atau dibawa untuk mengundi atau tidak mengundi dengan "tindakan" yang didorong atau dijanjikan pemberian wang atau pertimbangan lain.
"Dalam rayuan ini tidak ada bukti pengundi dipujuk atau dipengaruhi atau didorongkan untuk mengundi atau tidak mengundi atau mengundi dengan cara tertentu. Tidak ada bukti ekstrinsik yang boleh digunakan untuk mengandaikan dorongan sedemikian," katanya.
Hakim Nallini juga mempersoalkan sama ada tindakan membayar wang kepada pengundi mempengaruhi keputusan mereka untuk mengundi, memandangkan pengundi telah mengundi dan tidak dijanjikan pembayaran atau menyedari wang sedang diagihkan di belakang restoran.
"Dalam erti kata lain, ketiadaan sebarang bukti pemberian wang atau balasan lain pada bila-bila masa, sekarang atau masa akan datang, sebelum tindakan mengundi, bolehkah dikatakan bahawa pengundi telah didorong untuk mengundi oleh responden atau ejennya?
"Kami tidak fikir begitu. Ini kerana akta itu sendiri memerlukan unsur dorongan untuk dibuktikan. Tidak mungkin wujud suapan di bawah Seksyen 10(a) tanpa pembuktian unsur dorongan," tambahnya.
Mengenai "ejen", Hakim Nallini berkata mahkamah berpuas hati bahawa Akmal Zahin Zainal Zahir dan Noorashimah Nordin memang bertindak sebagai ejen bagi pihak responden (Mas Ermieyati).
"Bagaimanapun, dengan ketiadaan unsur-unsur dorongan dalam Seksyen 10(a) dan pengaruh rasuah dalam Seksyen 8, kesalahan rasuah dan memberi layanan adalah tidak dibuktikan. Kami berpendapat bahawa hakim Pilihan Raya juga terkhilaf dalam membuat inferens bertentangan terhadap perayu berhubung ketidakhadiran Akmal dan Noorashimah.
"Adalah jelas bahawa perayu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan saksi-saksi ini. Apa-apa kesimpulan sedemikian hendaklah, jika ada, dibuat terhadap saksi-saksi ini. Walau bagaimanapun, walaupun hakim Pilihan Raya telah berbuat demikian, ini tidak akan mengisi jurang asas kekurangan bukti 'dorongan'," katanya.
Pada 10 Nov 2023, Abdul Hakim mengemukakan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Abu Bakar Katar mengenai petisyen pilihan rayanya.
Pada 27 Okt tahun yang sama, Mahkamah Pilihan Raya Melaka mengekalkan kemenangan Mas Ermieyati sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah kerana bukti rasuah Abdul Hakim tidak mencukupi untuk membuktikan wujud unsur rasuah ketika kempen PRU15.
Pada 3 Jan tahun lepas, Abdul Hakim memfailkan petisyen pilihan raya itu atas dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi semasa PRU15.
Pada PRU15, Mas Ermieyati menang kerusi Parlimen berkenaan dengan memperoleh 25,604 undi, menewaskan Abdul Hakim (21,193 undi), Mutalib Uthman (7,445 undi) dan Handrawirawan Abu Bakar (507 undi).
Terdahulu, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, mewakili Abdul Hakim berhujah bahawa hakim Pilihan Raya telah terkhilaf dari segi fakta atau undang-undang apabila membuat dapatan bahawa perayu telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Beliau berkata hakim itu gagal mengambil kira keterangan tiga saksi pengundi berdaftar yang menerima wang daripada dua ejen responden (Akmal dan Noorashimah) di perkarangan sebuah rumah di Masjid Tanah pada hari pengundian, 19 Nov 2022 selain gagal mengambil kira jamuan yang diadakan pada 3 Dis 2022 selepas pilihan raya.
"Oleh itu, pihak kami berhujah terdapat perbuatan rasuah dan sogokan di bawah Seksyen 32(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) dan Seksyen 10 akta sama serta rasuah berbentuk jamuan di bawah Seksyen 8 AKPR semasa PRU15," kata peguam itu.
Peguam Yusfarizal Yusoff, mewakili Mas Ermieyati pula berhujah hakim Pilihan Raya telah membuat keputusan yang tepat berlandaskan fakta dan undang-undang dalam menolak petisyen perayu.
"Hakim Pilihan Raya berpendapat dua indivu yang didakwa melakukan penyogokan bukannya ejen kepada responden dan perayu gagal membuktikan sogokan wang diberi kepada tiga saksi perayu (pengundi berdaftar) di kawasan berkenaan (Parlimen Masjid Tanah)," katanya dan menambah hakim Pilihan Raya juga telah memutuskan bahawa jamuan yang diadakan oleh responden bukan bertujuan untuk meraih undi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Yusfarizal, mewakili Mas Ermieyati berhujah hakim Pilihan Raya telah membuat keputusan yang tepat berlandaskan fakta dan undang-undang dalam menolak petisyen perayu. - Gambar Bernama
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman
Tujuh individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.