JOHOR BAHRU: Tujuh individu yang ditahan semalam kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan perintah reman.
Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berumur lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal pagi semalam.
Turut direman dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, yang meninggal dunia dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram itu dijangka dituntut waris hari ini untuk disemadikan di kampung halaman masing-masing.
Jenazah Ahmad Azza Fahmi akan dikebumikan di Kampung Poh, Bidor, Perak manakala Muhamad Syafiq disemadikan di Kuantan, Pahang.
Setakat 7 pagi ini, tinjauan Bernama mendapati suasana di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) lengang dan belum terdapat mana-mana waris mangsa yang hadir.
Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berumur 34 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Anggota polis yang cedera akibat ditembak kini dirawat di HSI dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Tujuh individu yang ditahan semalam kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan perintah reman.
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.
Fitnah mangsa insiden Balai Ulu Tiram: Tukang cuci dipenjara tujuh hari, denda RM800
Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memuat naik komen berbaur fitnah di media sosial terhad
Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan
Polis tahan lelaki tempatan berkaitan hantaran komen fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram.
Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.
Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept
Mahkamah turut memerintahkan seorang daripada lima tertuduh untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital.
Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.
Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..
Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution
Tindakan itu adalah sebagai antara langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.