awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak semakan kehakiman Kayveas batal pelantikan Maglin sebagai Presiden myPPP

Bernama
Bernama
20/11/2023
08:21 MYT
Mahkamah tolak semakan kehakiman Kayveas batal pelantikan Maglin sebagai Presiden myPPP
Kayveas memfailkan permohonan itu pada 7 Julai lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai responden pertama dan kedua. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tan Sri M. Kayveas hari ini gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan pelantikan Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP).
Peguam Persekutuan Muhammad Hairuliqram Hairuddin mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika dihubungi berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Kayveas, 69, menerusi e-mel.
Peguam Syereen Tang, yang mewakili Kayveas mengesahkan perkara itu.
Pada 2 Ogos lepas, AGC membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman antaranya atas alasan isu dibangkitkan oleh Kayveas tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman kerana bertentangan dengan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 selain mahkamah tiada bidang kuasa untuk menyemak isu berkaitan parti.
Kayveas, 69, memfailkan permohonan itu pada 7 Julai lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai responden pertama dan kedua.
Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan kedua-dua responden gagal mengambil kira bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-67 diadakan pada 19 Mac lepas yang melantik Maglin sebagai Presiden myPPP adalah tidak sah berikutan 13 individu yang hadir pada mesyuarat itu dilucutkan keahlian mereka berkuat kuasa 25 April 2018.
Beliau antara lain memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan itu adalah tidak sah selain mendakwa pelantikan Maglin sebagai Presiden MyPPP tidak sah kerana melanggar Perlembagaan myPPP.
Ahli politik veteran itu juga memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri melalui surat bertarikh 11 April lepas yang meluluskan rayuan pembatalan pendaftaran parti tersebut.
MyPPP dibatalkan pendaftarannya pada 14 Jan 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#M Kayveas
#Mahkamah Tinggi
#Maglin Dennis D'Cruz
#Presiden MyPPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan