awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAI tubuh pusat penyelidikan aplikasi bahan bakar bio

Andy Reza
Andy Reza
12/08/2018
09:09 MYT
MAI tubuh pusat penyelidikan aplikasi bahan bakar bio
Mesyuarat bersama Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, di Jakarta Indonesia berlangsung hari ini. - Foto Astro AWANI/Andy Reza
JAKARTA: Institut Automotif Malaysia (MAI) dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menubuhkan Pusat Penyelidikan Aplikasi Bahan Bakar Bio Untuk Sektor Pengangkutan (BARC).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Madani Sahari berkata, fokus awal tertumpu kepada penyelidikan biodiesel yang melibatkan ujian validasi, penyediaan data dan piawaian untuk kegunaan pemain industri.
“Biodiesel ini kita faham aplikasinya bagus untuk sektor pengangkutan, kerana bahan bakar nanti jadi lebih hijau, sekaligus mengurangkan pelepasan karbon,” katanya selepas mesyuarat bersama Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, di Jakarta Indonesia.
Menerusi BARC, pihaknya juga merancang untuk menjalankan penyelidikan terhadap bahan bakar lain seperti ethanol dan methanol.
Untuk itu, MAI turut menggalakkan penglibatan pemain industri terutamanya syarikat pengeluar kenderaan dan peralatan tulen, bagi menghasilkan penyelidikan lebih menyeluruh.
Penubuhan BARC juga, selari hasrat kerajaan untuk membangunkan segmen kenderaan cekap tenaga (EEV).
Pada masa sama, menyokong usaha melaksana penggunaan B10 dan tahap lebih tinggi, menerusi perkongsian teknologi dan kepakaran dengan pemain industri di Indonesia.
Topic Berkaitan
#minyak
#MADANI SAHARI
#Institut Automotif Malaysia
#MAI
#Lembaga Minyak Sawit Malaysia
#MPOB
#Pusat Penyelidikan Aplikasi Bahan Bakar Bio Untuk Sektor Pengang
#BARC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan