awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIM komited bantu golongan mualaf

Bernama
Bernama
21/09/2024
21:40 MYT
MAIM komited bantu golongan mualaf
Rosli (dua,kanan), menyampaikan sumbangan RM1,000 dan peralatan elektrik kepada pasangan pengantin pada Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Saudara Muslim pada Sabtu. - Gambar Bernama
MELAKA: Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama pelbagai badan bukan kerajaaan (NGO) Muslim sentiasa komited menjaga kebajikan golongan mualaf bagi memastikan mereka mendapat bimbingan sewajarnya.
Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah berkata, ia termasuk menambah kefahaman serta pengetahuan mengenai hal perkahwinan sebagai persediaan mereka memasuki alam rumah tangga.
"Sejak beberapa tahun lepas, MAIM turut membantu melaksanakan majlis pernikahan secara beramai-ramai dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos atau perbelanjaan mereka.
"Pada tahun ini, kita menjalankan dua siri majlis pernikahan termasuk hari ini dengan keseluruhan sebanyak 12 pasangan pengantin dibantu," katanya ketika berucap pada Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Saudara Muslim Siri 2 Tahun 2024M/1446H yang turut dihadiri Pengurus Baitulmal MAIM Mohd Hairulamin Mohd Sis.
Pada majlis itu, lima pasangan mualaf melangsungkan perkahwinan.
Rosli juga berkata, majlis itu bukanlah bertujuan keagamaan semata-mata tetapi bermatlamat untuk saling belajar dan memahami.
"Di pihak MAIM menerusi Balai Islam kita bukan sahaja menganjurkan majlis pernikahan dan walimatulurus tetapi juga memberi tazkirah serta mengadakan Kursus Pasca Awal Perkahwinan dan setiap pasangan yang diraikan juga diberikan sumbangan sebanyak RM1,000 berserta hadiah peralatan elektrik," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#maim
#Majlis Pernikahan
#mualaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan