awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
16/03/2025
05:45 MYT
Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. -Bernama
SHAH ALAM: Pihak yang sering memainkan sentimen perkauman untuk memecahbelahkan rakyat di negara ini hanya mengulangi tindakan lapuk.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang memainkan sentimen perkauman sebagai pendekatan 'desperado' dalam politik.
  • Beliau menegaskan bahawa tiada skandal rasuah atau salah guna kuasa dalam kerajaan, tetapi pihak tidak bertanggungjawab memperalatkan isu kaum.
  • Anwar menambah bahawa isu perkauman yang dibangkitkan bukan gambaran sebenar situasi di negara ini, dan tiada kritikan dasar atau pandangan baharu daripada pihak tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai pendekatan 'desperado' dalam politik.
Malah, beliau menganggap pihak tidak bertanggungjawab itu hanya bijak memainkan isu perkauman berbanding membahas dasar kerajaan.
"Tiada skandal membabitkan pimpinan negara, rasuah, atau salah guna kuasa, tetapi yang ada ialah memperalatkan isu kaum.
“Kononnya kerajaan lemah kerana tunduk kepada kuasa parti, khususnya DAP. Apakah mereka tidak kenal DAP? Mereka kenal.
"Dalam Pakatan Rakyat dulu, hampir 15 tahun PAS bersama DAP. Semasa PH di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang sekarang Bersatu pernah duduk semeja dengan pimpinan DAP.
"Apakah luahan mereka itu kenyataan benar? Tidak. Luahannya adalah golongan 'desperate' (terdesak), ini yang dikatakan 'desperado' dalam politik,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres DAP Ke-18, di sini, hari ini.
Beliau menambah, isu perkauman dibangkitkan pihak terbabit bukan gambaran mengenai situasi sebenar yang berlaku di negara ini.
"Tiada kritikan dasar atau pandangan baharu, tetapi bawa gendang lama, menakutkan masyarakat Melayu mengenai kemaraan kelompok Cina, apatah lagi yang diperjuangkan dengan lambang DAP," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kongres Kebangsaan DAP
#desperado
#sentimen perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan