awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIPK bakal perkenal manual pengurusan kubur Islam

Bernama
Bernama
19/09/2017
00:13 MYT
MAIPK bakal perkenal manual pengurusan kubur Islam
Pelbagai aspek perlu diteliti kerana sesetengah tanah perkuburan telah diwakafkan serta diwarisi pengurusannya melibatkan beberapa lapisan generasi. - Gambar hiasan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bakal melaksanakan manual pengurusan tanah perkuburan Islam tahun depan bagi panduan Jawatankuasa Pengurusan Kubur di kariah masjid masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Amiruddin Muhamed berkata manual atau prosedur operasi standard itu mengambil contoh pengurusan tanah kubur yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kini dalam peringkat akhir untuk disiapkan.
Katanya, pelbagai aspek perlu diteliti kerana sesetengah tanah perkuburan telah diwakafkan serta diwarisi pengurusannya melibatkan beberapa lapisan generasi.
"Sudah tiba masanya untuk kita membuat satu manual perkuburan. Kita tidak mahu pada suatu hari nanti, disebabkan tiada sesuatu peraturan tetap, ada yang mengenakan caj pengebumian tinggi sehingga RM4,000 atau RM5,000.
"Kita tidak mahu urusan pengebumian ini dikomersialkan dan memberikan suatu kegiatan ekonomi. Kita tidak mahu tanah perkuburan ini dimiliki oleh individu atau pertubuhan tertentu yang menguruskannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan agihan wakaf saraan kubur kepada lapan Jawatankuasa Pengurusan Kubur dengan jumlah keseluruhan agihan bernilai RM75,896 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amiruddin Muhamed
#Islam
#kubur
#Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
#manual
#pengurusan tanah perkuburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan