awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIPk nafi kuil dibina atas tanah wakaf

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2025
00:20 MYT
MAIPk nafi kuil dibina atas tanah wakaf
Hantaran seorang pemilik akaun Facebook mendakwa sebuah kuil di Silibin, Ipoh, dibina di atas tanah wakaf milik MAIPk.
IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menafikan dakwaan sebuah kuil di Silibin di sini dibina atas wakaf milik agensi tersebut.
Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, isu berkenaan sudah pun diselesaikan namun ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengaitkan isu Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu, Bagan Serai.
Menurutnya, tanah seluas 0.024 hektar yang dipersoalkan itu sebenarnya merupakan tanah milik Baitulmal yang diperoleh melalui perintah pembahagian pusaka selepas kematian pemilik asal yang tidak mempunyai waris.
"Maksudnya kuil tersebut bukan dibina atas tanah wakaf, tak ada kaitan sama ada dibuat atas pencerobohan tanah wakaf. Jadi tak timbul ada kuil Hindu dibuat atas tanah MAIPk.
"Jadi bila soal kesahihan perundangan, pembinaan kuil itu bukan kuasa MAIPk kerana tanah persendirian. Itu pihak berkuasa tempatan sama ada mendapat kelulusan binaan bangunan dan sebagainya," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini semalam.
Sementara itu, melalui penjelasan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Wan Maizura Wan Zahari, tanah yang dimaksudkan berkongsi dengan dua orang lagi pemilik dan bahagian tersebut satu per 16 daripada keseluruhan.
Beliau berkata, pada peringkat awal salah seorang pemilik melalui urus niaga yang dibuat untuk membina sebuah stor tetapi kemudiannya dibina kuil tanpa mendapat kebenaran.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa sebuah kuil dibina di atas tanah wakaf di Silibin.
Melalui hantaran di Facebook milik seorang individu meminta orang ramai berkongsi hantaran sama untuk mendesak kerajaan negeri Perak mengambil tindakan terhadap kuil berkenaan.
Hantaran tersebut turut berkongsi gambar kuil berkenaan dan dokumen carian persendirian geran tanah di kawasan yang dimaksudkan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kuil
#Tanah Wakaf
#MAIPk
#Mohd Annuar Zaini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami