awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIWP sasar 3,000-5,000 asnaf keluar dari kepompong kemiskinan tahun depan

Bernama
Bernama
29/12/2021
10:14 MYT
MAIWP sasar 3,000-5,000 asnaf keluar dari kepompong kemiskinan tahun depan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan untuk mengeluarkan 3,000 hingga 5,000 asnaf dari kepompong kemiskinan pada 2022. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan untuk mengeluarkan 3,000 hingga 5,000 asnaf dari kepompong kemiskinan pada 2022.
Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata inisiatif berkenaan akan dijalankan oleh MAIWP melalui rancangan pembangunan asnaf yang bakal memperuntukkan sebanyak RM30 hingga RM50 juta setahun.
"Perancangan ini adalah pelan jangka masa panjang selama lima tahun bermula tahun hadapan melalui program yang telah disenaraikan dalam membantu golongan asnaf mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.
"Antara programnya ialah latihan industri kepada asnaf, bantuan keusahawanan, bantuan modal perniagaan serta bantuan pendidikan kepada anak asnaf," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas penutupan Program Kasih Prihatin-MAIWP di sini hari ini.
Beliau berkata di bawah program itu, MAIWP pada masa sama perancang untuk mengadakan Progam Tahun Graduasi asnaf yang menjadi simbolik buat para asnaf yang akan tamat daripada kemiskinan.
Dalam pada itu, sebanyak 35,719 penerima di bawah kategori asnaf dan terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menerima manfaat daripada Program Kasih Prihatin-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Mohd Daud berkata MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta dana yang disumbangkan bagi menjayakan program itu.
Program Kasih PRIHATIN-MAIWP adalah inisiatif bagi menunjukkan keprihatinan untuk mengurangkan beban rakyat terkesan akibat pandemik COVID-19 yang dianjurkan sejak 3 bulan lepas.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN Datuk Mohd Aizudin Ghazali ke Program penutupan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) Lembagai Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Jaafar Embong berkata PRIHATIN dengan kerjasama DXN turut menyumbang sebanyak RM1.56 juta sempena Misi Khas PRIHATIN x DXN Pasca Banjir dalam membantu golongan terjejas banjir di Wilayah Persekutuan.
DXN ialah perniagaan menumpukan kepada penanaman, perkilangan dan pemasaran makanan kesihatan tambahan yang mempunyai pusat operasi bertapak di negara serta diasaskan oleh Datuk Lim Siow Jin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIWP
#Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
#asnaf
#kepompong kemiskinan
#Mohd Daud Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan