awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
30/11/2024
15:24 MYT
MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam di Malaysia untuk segera menunaikan zakat bagi membolehkan bantuan berterusan disalurkan kepada golongan memerlukan. - Bernama
PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan peruntukan RM5 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata sumbangan peringkat awal itu akan disalurkan kepada Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) / Yayasan Waqaf Malaysia serta majlis agama Islam negeri-negeri yang terkesan banjir.
Dalam perkembangan sama, beliau menyeru umat Islam di Malaysia untuk segera menunaikan zakat bagi membolehkan bantuan berterusan disalurkan kepada golongan memerlukan, terutama mereka yang terkesan banjir.
Beliau berkata pembayaran zakat dengan lebih awal membolehkan lembaga-lembaga zakat seperti Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) merancang penyaluran bantuan bagi menghadapi musibah yang tidak dijangka.
"Bayaran zakat lebih awal, tanpa menunggu sehingga ke akhir tahun, akan membolehkan lembaga zakat melaksanakan tanggungjawab mengagihkan zakat kepada golongan yang memerlukan,"
"Lebih awal kita bayar zakat, lebih ramai orang yang memerlukan dapat bantuan. Insya-Allah," katanya kepada pemberita pada Karnival Year End Zakat x Pasar Saloma di sini malam ini.
Setakat 8 malam tadi, 146,611 mangsa banjir direkodkan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di lapan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#bantuan
#zakat
#Mohd Na'im Mokhtar
#MAIWP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan