awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan abai keselamatan dan kesihatan pekerja boleh dikompaun

Bernama
Bernama
15/07/2023
11:12 MYT
Majikan abai keselamatan dan kesihatan pekerja boleh dikompaun
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang mengabaikan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). - Foto Facebook Ngwe Hee Sem
MELAKA: Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang mengabaikan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), malah tindakan kompaun akan dikenakan jika didapati wujud elemen pelanggaran peraturan dan syarat ditetapkan, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem.
Beliau berkata pemantauan dan penguatkuasaan di tempat kerja dalam pelbagai sektor juga akan dijalankan secara berterusan, untuk memastikan pihak majikan bertanggungjawab dan mengambil langkah-langkah perlu, bagi mengurangkan risiko insiden atau kemalangan, di samping menyediakan persekitaran kerja yang selamat.
"Pematuhan majikan dan pekerja terhadap KKP tertakluk bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja, sentiasa terjamin semasa di tempat kerja.
"Sekiranya kita dapati ada kesalahan, kompaun boleh dikenakan kepada majikan terbabit, selain nasihat akan diberikan kepada mereka untuk menambah baik ciri-ciri keselamatan dan kesihatan, dalam bidang pekerjaan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Karnival Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia peringkat negeri di Politeknik Melaka, yang turut dihadiri Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) Ahmad Fahrul Anuar Ismail dan Pengarah Politeknik Melaka Razali Johari.
Mengulas lanjut Ngwe berkata berdasarkan statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP) sebanyak 6,719 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan di Malaysia pada tahun lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 186 kes kematian akibat kemalangan di tempat kerja manakala di Melaka merekodkan 317 kes kemalangan dengan dua kematian.
Beliau berkata justeru semua majikan di negeri itu juga dinasihatkan supaya mengambil inisiatif, dengan mengadakan pelbagai program kesedaran atau latihan, bagi meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja dalam bidang masing-masing, untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
#majikan
#kompaun
#Ngwe Hee Sem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan