SHAH ALAM: Segelintir majikan lebih cenderung mengambil pekerja sama bangsa dengannya bagi mengelakkan berlaku masalah komunikasi.
Pengarah Urusan Berjaya Mega Motors, James Ng atau dikenali Boss James berkata, masalah pertuturan bahasa Melayu juga menjadi punca majikan sukar mengambil pekerja berlainan bangsa.
“Komunikasi antara majikan dan pekerja sangat penting apabila terdapat sesetengah majikan lebih senang mengambil pekerja berbangsa Cina kerana mereka tiada kesukaran untuk memahami antara satu sama lain.
“Terdapat majikan berbangsa Cina yang kurang fasih bertutur dalam bahasa Melayu sehingga kadangkala terjadi salah faham dengan pekerja berbangsa Melayu,” katanya selaku panelis semasa program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk 'Diskriminasi Kaum Masih Wujud Dalam Dunia Pekerjaan', pada Jumaat.
Program yang dihoskan Finaz Yunus itu turut dihadiri oleh Felo kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid Othman.
Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun terdapat unsur keutamaan bangsa yang diamalkan oleh sebahagian syarikat, namun ia bergantung kepada majikan itu sendiri.
Tambah James, persepsi yang ditimbulkan oleh generasi terdahulu menyebabkan terdapat majikan berbangsa Cina mempercayai perkara tersebut walaupun ia bersifat tabu.
Ujarnya, setiap majikan perlu bijak bagi mengatasi isu diskriminasi pekerjaan mengikut kaum kerana persepsi buruk itu hanya boleh diubah oleh individu tersebut.
“Kalau anak muda zaman sekarang boleh buktikan diri mereka mampu bekerja dengan lebih baik dengan rasa semangat sekiranya mentaliti, cara bekerja dan niat bekerja diubah kepada lebih positif.
“Cara mengatasi perkara ini adalah dengan memahami setiap insan, hormat-menghormati atau berkomunikasi sehingga tiada jurang antara kaum, kerana kita berbeza budaya dan agama untuk memahami antara satu sama lain,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023
Boss James selaku panelis semasa Program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk Diskriminasi Kaum Masih Wujud Dalam Dunia Pekerjaan yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Jumaat. - Foto SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.