KLUANG: Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua majikan di negara ini agar menerima pakai salinan sijil digital Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), atau surat pelepasan kuarantin (RO) bagi mengelakkan kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan ramai pesakit datang ke CAC akibat majikan mereka tidak menerima sijil digital, sebaliknya meminta notis secara bertulis.
Beliau berkata pelaporan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Kebangsaan mendapati 30 hingga 50 peratus kes yang hadir ke CAC, bukan untuk penilaian bagi kes kesihatan merosot semasa menjalani pemantauan di rumah.
"Sebanyak 90 peratus daripadanya adalah untuk discaj bagi dapatkan notis bertulis (HSO). Ini menyebabkan penambahan beban tugas kepada staf KKM. Mereka sepatutnya membuat penilaian untuk pesakit bukan tulis notis HSO.
"Selepas tempoh isolasi berakhir, pesakit perlu melakukan salinan paparan skrin sijil digital HSO untuk makluman lanjut pihak majikan dan pihak berkaitaan," katanya pada sidang media di CAC Klinik Kesihatan Simpang Renggam di sini, hari ini.
Khairy berkata orang ramai boleh membuat aduan kepada KKM jika majikan mereka tidak menerima sijil digital HSO atau RO.
Bercakap mengenai CAC secara maya, Khairy berkata sehingga 23 Feb, ia telah memantau 361,283 kes aktif di rumah, dengan mengesan kemerosotan keadaan pesakit COVID-19 yang menjalani pemantauan rumah di seluruh negara melalui saringan kesihatan.
"Bukan suka-suka kita minta untuk menjawab soalan. Bila mereka jawab soalan itu, kita mempunyai sistem untuk melihat kepada gejala bertanda amaran. Kalau tanda amaran merisaukan, kita akan minta mereka hadir secara fizikal ke CAC," katanya.
Justeru itu, beliau meminta individu yang menjalani isolasi di rumah supaya menjawab soalan pada aplikasi MySejahtera setiap dua kali sehari, berikutan purata kes aktif yang menjawab soalan adalah hanya 55 peratus meskipun KKM membuat sasaran sekurang-kurangnya 70 peratus.
Katanya ia penting agar KKM dapat mengesan kes-kes berisiko tinggi yang memerlukan rawatan segera sekali gus mengurangkan kes kematian di luar hospital (BID).
Sementara itu, Khairy memaklumkan sejak 13 hingga 19 Feb, kes menjalani isolasi di rumah yang dirujuk kepada PKRC adalah 0.4 peratus manakala dirujuk ke hospital pula adalah 0.2 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan ramai pesakit datang ke CAC akibat majikan mereka tidak menerima sijil digital, sebaliknya meminta notis secara bertulis. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.