awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan gagal sedia penginapan selesa kepada pekerja dikena tindakan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/03/2022
12:04 MYT
Majikan gagal sedia penginapan selesa kepada pekerja dikena tindakan
Pihak JTK juga mendapati ada majikan gagal mematuhi kehendak minimum penginapan di bawah Peraturan Akta 446. - Gambar JTK
SEBERANG PERAI: Gagal mematuhi peraturan gaji minimum dan tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk pekerja antara kesalahan dikesan dalam Operasi Banteras Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang pada Khamis.
Operasi tersebut dijalankan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang di beberapa premis di sekitar Tasek Gelugor di sini, pada Khamis.
Operasi Bersepadu itu turut disertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Dalam operasi itu, pihak JTK mengesan pelbagai kesalahan dilakukan majikan dibawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
"Antara kesalahan dikesan ialah majikan gagal mematuhi kehendak gaji minimum RM1,200 di bawah Perintah Gaji Minimum 2020, melakukan pelanggaran di bawah Akta Kerja 1955 di mana majikan gagal menyimpan daftar pekerja, sesalinan kontrak perkhidmatan gagal diberikan kepada pekerja, waktu bekerja melebihi 12 jam sehari dan gagal melaporkan penggajian pekerja asing.
"Selain itu, majikan juga gagal membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan Perakuan Penginapan iaitu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 24D, Akta 446 kerana tiada perakuan penginapan sedangkan pemilik menyediakan penginapan kepada seramai 14 orang pekerja tempatan dan asing warga Laos, Indonesia dan Nepal," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pihak JTK juga mendapati ada majikan gagal mematuhi kehendak minimum penginapan di bawah Peraturan Akta 446.
Dalam pada itu, agensi lain yang turut terbabit dalam operasi berkenaan juga turut mengesan kesalahan lain termasuk di bawah KKM yang mana majikan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
"Kesalahan ini akan diambil tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan," kata kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
#JTK
#operasi bersepadu
#penginapan selesa
#tindakan terhadap majikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan