KUALA LUMPUR: Majikan dan pekerja perlu peka dengan perubahan cuaca yang melanda negara agar dapat melakukan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Naib Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Manivanan Gowin berkata majikan harus melaksanakan kaedah pencegahan secara komprehensif untuk menangani risiko perubahan cuaca, manakala pekerja perlu proaktif dalam melindungi diri daripada kemalangan dan penyakit yang mudah menular apabila cuaca menjadi terlalu panas atau hujan berterusan.
"Jika sebelum ini pekerja berhadapan cuaca panas melampau yang boleh menyebabkan tegasan haba (heat stress), kini mereka bakal berhadapan dengan cabaran berlainan apabila fenomena La Nina dijangka melanda negara bermula bulan ini (Julai)," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini memaklumkan bahawa La Nina dijangka membawa keadaan cuaca yang lebih lembap antara Julai dan September, lazimnya mencapai kemuncak menjelang akhir tahun dan berterusan pada awal tahun depan.
Berdasarkan kes sebelum ini, Manivanan berkata antara risiko dihadapi di tempat kerja terbuka ialah hujan lebat yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir, selain kes demam denggi lebih kerap dilaporkan apabila banyak air bertakung, manakala kawasan dilanda banjir berdepan risiko penyakit seperti taun, kencing tikus dan cirit-birit.
Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan supaya majikan dan pekerja melaksanakan pendekatan Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) yang diamalkan secara meluas dalam pelbagai industri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
"Pada musim hujan misalnya, risiko tambahan seperti tergelincir dan jatuh boleh berlaku. Majikan dan pekerja perlu mengenal pasti dan mengatasi risiko sebegini dengan memasang lantai antigelincir, memastikan saluran air berfungsi dengan baik dan menyediakan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
"Proses HIRARC juga dapat membantu memastikan tempat kerja selamat walaupun dalam keadaan cuaca buruk," katanya dan menambah NIOSH menawarkan perkhidmatan konsultasi serta mempunyai kepakaran untuk membantu majikan mengenal pasti dan mengurangkan risiko berkaitan cuaca.
Manivanan berkata NIOSH juga bersedia memberikan khidmat nasihat dan rundingan untuk majikan memenuhi tanggungjawab mereka seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dikuatkuasakan bermula 1 Jun lepas.
"Antara perubahan ketara dalam pindaan akta berkenaan ialah peningkatan penalti 10 kali ganda daripada RM50,000 kepada RM500,000 terhadap majikan yang mengabaikan keselamatan pekerja.
"Hal ini membuktikan kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Kementerian Sumber Manusia memberikan perhatian serius terhadap isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja," katanya.
Beliau berkata NIOSH komited untuk meningkatkan tahap KKP negara dan bersedia membantu majikan memperbaik standard keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terutamanya ketika menghadapi perubahan iklim global dan risiko berkaitan cuaca panas melampau dan hujan berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Manivanan berkata majikan harus melaksanakan kaedah pencegahan secara komprehensif untuk menangani risiko perubahan cuaca. - Foto Instagram/Manivanan Gowin
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan penurunan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menurun pasaran niaga hadapan serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Jutaan diarah tinggal di rumah susulan amaran merah akibat Ribut Darragh landa UK
Sekitar tiga juta penduduk di Wales dan barat daya England diarahkan kerajaan untuk kekal di dalam rumah ketika Ribut Darragh mula melanda.
EPL: Cuaca buruk tunda aksi Everton-Liverpool
Langkah itu diambil selepas perbincangan di Goodison Park yang melibatkan Kumpulan Penasihat Keselamatan.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Hampir 480,000 terjejas oleh cuaca buruk di Sri Lanka
Seramai 479,871 individu daripada 142,624 keluarga terjejas, dengan 17 kematian dan 20 kecederaan dilaporkan.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya di Terengganu, Kelantan hingga Sabtu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di seluruh Terengganu serta beberapa daerah di Kelantan hingga esok.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.