awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis khatam al-Quran di Karangkraf esok

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2022
02:50 MYT
Majlis khatam al-Quran di Karangkraf esok
Seramai 15 peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah akan menyertai Majlis Khatam al-Quran sempena sambutan Nuzul al-Quran di Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Gambar kecil: Meen Tahrin. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Bersempena dengan sambutan Nuzul al-Quran pada tahun ini, buat julung kalinya, bahagian Islamik Sinar Harian, Sinar Islam Plus (SI+) akan mengadakan Majlis Khatam al-Quran.
Bertemakan Tinta Emas Mencipta Generasi Taqaddum, majlis akan diadakan pada 19 April bertempat di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam bermula jam 5 petang.
Seramai 15 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah telah mendaftarkan diri untuk mengambil bahagian pada acara memuliakan al-Quran itu.
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, dua orang mualim yang bertauliah akan membimbing anak-anak itu ketika acara berlangsung.
Katanya, sebagai tanda penghargaan, setiap peserta akan diberikan sijil berserta senaskhah al-Quran kerana berjaya khatam al-Quran dalam usia yang muda.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Di samping itu, mereka juga bakal menerima duit raya sumbangan ikhlas daripada Sinar Karangkraf.
“Kami berharap agar majlis ini memberi inspirasi kepada anak-anak yang lain untuk terus membaca al-Quran dan sekali gus menjadikan al-Quran sebagai teman setia mereka.
“Semoga program ini berupaya menjadi cetusan kepada ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka mencintai warisan agung peninggalan Nabi Muhammad SAW. Seterusnya dijadikan sebagai amalan rutin dan panduan kepada kehidupan kita.
“Insya-ALLAH, kita akan menjadikan majlis ini sebagai acara tahunan dan lebih besar lagi tentunya pada masa akan datang, bergantung kepada situasi semasa,” ujarnya.
Majlis yang mendapat tajaan daripada CO-OP Bank Pertama itu akan dipancarkan secara langsung melalui semua media sosial Sinar Harian termasuk Facebook SI+, SinarPlus dan Sinar Bestari.
*Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Karangkraf
#Majlis Khatam al-Quran
#Nuzul Al-Quran
#Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan