awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Muafakat Rohingya ditubuh bantu sekat penularan pengaruh ekstremis

Bernama
Bernama
16/01/2017
12:05 MYT
Majlis Muafakat Rohingya ditubuh bantu sekat penularan pengaruh ekstremis
ARC menubuhkan Majlis Muafakat Rohingya sebagai badan menyekat penularan fahaman ekstremis dalam kalangan masyarakat Rohingya di negara ini. - Gambar fail
Pusat Rohingya ASEAN (ARC) hari ini menubuhkan Majlis Muafakat Rohingya sebagai badan yang bertanggungjawab menyekat penularan fahaman ekstremis dalam kalangan masyarakat Rohingya di negara ini.
Pengarah Eksekutif ARC Dr Helmi Ibrahim berkata majlis ditadbir ARC itu juga bertindak menjaga kebajikan masyarakat Rohingya dan badan pelaksana terhadap sebarang keputusan yang dipersetujui gabungan pemimpin di dalam majlis itu.
"Penubuhan majlis ini sebagai tanda sokongan terhadap kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menegaskan isu Rohingya perlu ditangani segera agar pengaruh ekstremis tidak menular ke wilayah Rakhine, Myanmar.
"ARC menyatakan kebimbangan terhadap perkara ini kerana pengaruh tersebut berpotensi menular ke dalam masyarakat Rohingya di negara ini sekiranya kebajikan mereka tidak terbela," katanya dalam kenyataan hari ini.
Helmi berkata majlis itu juga ditubuhkan memandangkan segala usaha mewujudkan kesatuan masyarakat Rohingya di negara ini gagal sejak beberapa tahun lepas.
"Majlis ini akan menjadi badan konsultatif kepada masyarakat Rohingya," katanya.
Beliau berkata ARC juga menyokong usaha kerajaan mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 19 Jan ini di sini, selain berharap OIC akan mengisytiharkan 2017 sebagai Tahun Solidariti Antarabangsa Bersama Rohingya.
"ARC berharap Malaysia menjadi pencadang kepada deklarasi tersebut dan OIC akan menerimanya sebagai deklarasi OIC.
"Ini bertujuan menarik perhatian antarabangsa untuk merangka pelbagai inisiatif bagi membantu masyarakat Rohingya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ARC
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#Dr Helmi Ibrahim
#Majlis Muafakat Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan