awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim dibatalkan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/03/2021
13:00 MYT
Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim dibatalkan
Projek bernilai RM1.4 billion itu akan menjadi yang terbesar seumpamanya, di Asia Tenggara dengan berkapasiti 450 megawatt merupakan projek pelaburan swasta berskala besar yang pertama diperolehi Johor bagi tahun 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim di Pengerang, Johor yang dijadualkan pada 23 Mac ini terpaksa dibatalkan.
Dalam muat naik status di Facebook, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah majlis tersebut terpaksa dibatalkan ekoran Kerajaan Persekutuan masih belum memberi maklum balas berkaitan cadangan projek itu.
"Saya nampak tidak ada alasan mengapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh berikan peluang kepada Negeri Johor untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik yang mesra alam ini, kita ada kawasan tanah yang sesuai, pembangunan yang pesat di negeri ini dan permintaan daripada negara jiran, menjadikan Johor sebagai lokasi yang paling strategik," titah Baginda.
Projek bernilai RM1.4 billion itu akan menjadi yang terbesar seumpamanya, di Asia Tenggara dengan berkapasiti 450 megawatt merupakan projek pelaburan swasta berskala besar yang pertama diperolehi Johor bagi tahun 2021.
Sumber Facebook officialsultanibrahim
Ia adalah usaha Sultan Ibrahim yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri Johor.
"Projek itu juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.
"Ia akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023," memetik kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Majlis Pecah Tanah Projek Taman Solar Sultan Ibrahim
#kerajaan Persekutuan
#Johor
#kerajaan
#ekonomi
#rakyat
#pelaburan
#Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan