Skip to main content

Malaysia

Majlis Perbandaran Kangar dijenamakan sebagai Majlis Perbandaran Negeri Perlis

KANGAR, 8 Feb -- Suasana di Kangar Jaya meriah dengan semangat kesukanan apabila seramai 1,000 peserta menyertai Larian Angin Timur sempena Pesta Angin Timur (PAT) 2026, sekali gus mengangkat keunikan landskap desa Perlis sebagai tarikan utama acara.  Larian sejauh lima kilometer itu dilepaskan oleh Exco Belia dan Sukan, Komunikasi dan Digital, Pengangkutan serta Sains, Teknologi dan Inovasi Perlis, Wan Zikri Afthar, dengan laluan yang membawa peserta menyusuri kawasan tali air dan bendang hijau mengeliling
Acara Larian Angin Timur sempena Pesta Angin Timur (PAT) 2026, mengangkat keunikan landskap desa Perlis sebagai tarikan utama acara. - Gambar hiasan
Advertisement

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dijenamakan semula sebagai Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs) berkuat kuasa 16 Julai lepas.

Yang Dipertua MPNPs Affendi Rajini Kanth berkata pihaknya kini antara lain menumpukan penyusunan semula struktur pihak berkuasa tempatan (PBT) serta memaklumkan mengenai penjenamaan semula itu kepada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk penyelarasan penjawatan.

“Penjenamaan semula ini merangkumi pelbagai aspek pentadbiran termasuk pertukaran nama pada bangunan, akaun bank serta penstrukturan penjawatan rasmi seperti Yang Dipertua dan Ahli Majlis.

“Kita berharap dengan pewartaan ini kita dapat mengembangkan lagi inisiatif untuk memperkasakan MPNPs secara holistik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Pusat Penyelidikan Asnaf Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE)-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan pelancaran buku serta penganugerahan Geran Penyelidikan FCoEE Fasa 3 bagi tahun ini, di sini hari ini. 

Majlis itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Affendi berkata penambahbaikan yang dirancang selepas penjenamaan semula itu antaranya melibatkan penurunan kuasa bagi proses permohonan dan kelulusan lesen perniagaan di peringkat cawangan, yang sebelum ini urusan permohonan dihantar di cawangan sebelum dibawa ke ibu pejabat untuk proses kelulusan.

“Kita merancang untuk menempatkan pegawai Gred 41 bertaraf pengarah di setiap cawangan (Arau, Padang Besar dan Kuala Perlis) melalui penjenamaan semula ini agar kelulusan lesen boleh dibuat secara terus tanpa perlu melalui ibu pejabat sekali gus mempercepat proses kelulusan dan rakyat tidak lagi terbeban," katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement