Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata Majlis Perundingan Negara (NCC) atau NCC2, yang menjadi platform untuk penyatuan, perlu ditubuhkan di bawah naungan Majlis Raja-Raja.
"Tubuhkan dengan mendapat sokongan daripada kerajaan, parti politik, masyarakat sivil, ahli akademik, pemimpin agama dan ahli perniagaan," katanya ketika melancarkan buku The Star mengenai 'Kesederhanaan', yang mengandungi koleksi 28 esei mengenai pelbagai pandangan tentang konsep kesederhanaan di Malaysia, di Menara Star di sini, pada Khamis.
NCC pertama telah ditubuhkan pada 1970 selepas rusuhan pada 1969.
Nazir berkata terdapat keperluan "untuk membincangkan secara sederhana, secara tertutup, pelbagai isu sensitif bermula dari sistem pendidikan kita, tindakan afirmatif, peranan agama dalam kehidupan nasional, integriti persekutuan, isu-isu rasuah dan persaingan politik, serta membina semula kepercayaan terhadap institusi negara,".
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk mempersoalkan sama ada kebanyakan sistem yang direka pada 1970 masih berfungsi dengan baik.
"Malah jurutera sistem berkenaan berpendapat kita memerlukan usaha baik pulih pada 1990. Dalam tambahan tempoh 26 tahun itu, seluruh dunia telahpun berubah dengan pesatnya," katanya.
Menyentuh mengenai kesederhanaan, Nazir berkata Malaysia negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, etnik, budaya dan agama serta sistem parti politik yang berasaskan kaum, beliau berkata :" masa depan kita sentiasa akan bergantung kepada bagaimana kita mengamalkan kesederhanaan apabila kita terlibat dalam isu-isu dan menguruskan polariti".
Menyentuh mengenai buku itu, beliau berkata: "Saya berpendapat buku berkenaan meliputi sub teks terhadap kesederhanaan - melihat dengan jelas, mendengar dengan fikiran terbuka dan bercakap dengan perkataan yang baik - adalah definisi yang sangat baik untuk amalan kesederhanaan.
"Kita perlu melaksanakan kempen melalui definisi ini, demi untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia mengamalkan sifat yang mudah, namun sebenarnya amat berkesan," katanya.
Beliau juga mengulas mengenai kumpulan yang menggelarkan diri mengamalkan kesederhanaan, tetapi berfikiran tertutup mengenai isu-isu yang mereka berselisihan berdapat.
"Kita perlu menjelaskan bahawa dengan mempunyai kawan dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak menyokong Daish, tidak semestinya menjadikan anda seorang yang sederhana. Sebenarnya, tingkah laku anda yang menentukannya," katanya.
Bernama
Thu Sep 29 2016
Menurut Nazir, sudah tiba masanya untuk mempersoalkan sama ada kebanyakan sistem yang direka pada 1970 masih berfungsi dengan baik. - Gambar fail
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Majlis Perundingan Negara perlu diwujudkan di bawah Majlis Raja-Raja - Nazir Razak
Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata Majlis Perundingan Negara (NCC) atau NCC2, yang menjadi platform untuk penyatuan, perlu ditubuhkan di bawah naungan Majlis Raja-Raja.