CIMB Islamic EcoSave-i: Our Nature, Our Treasure - Pulihara populasi seladang Royal Belum

Penyerahan replika cek RM1 juta oleh CIMB Islamic kepada The Habitat Foundation dan Penang Institute sebagai sokongan kepada projek pemuliharaan biodiversiti di Bukit Bendera dan Royal Belum. - Foto CIMB
GEORGETOWN: CIMB Islamic Bank Berhad, bersama The Habitat Foundation dan Penang Institute, telah memperbaharui kerjasama selama dua tahun untuk mempercepat usaha pemuliharaan di Rizab Biosfera Bukit Bendera (PHBR) dan Taman Negeri Royal Belum melalui inisiatif CIMB EcoSave-i: Our Nature, Our Treasure.
Ringkasan AI
- CIMB Islamic Bank, The Habitat Foundation, dan Penang Institute memperbaharui kerjasama selama dua tahun untuk pemuliharaan Rizab Biosfera Bukit Bendera dan Taman Negeri Royal Belum melalui CIMB EcoSave-i: Our Nature, Our Treasure.
- Kerjasama ini dibiayai RM1 juta dari akaun EcoSave-i untuk pendidikan alam sekitar, perlindungan biodiversiti, dan penglibatan komuniti di Pulau Pinang dan Perak.
- Fokus terhadap memulihkan populasi seladang yang terancam di Taman Negeri Royal Belum dengan melibatkan komuniti Orang Asli, termasuk penambahbaikan habitat dan pemantauan kawanan.
Beliau berkata, antara yang akan dilakukan bagi memastikan pertambahan populasi adalah melalui penambahbaikan habitat dan zon ragutan untuk memastikan pemakanan dan pembiakan seladang yang lebih sihat.
"Program yang diadakan dengan kerjasama komuniti Orang Asli sebagai penjaga hutan itu akan memberi fokus kepada pemantauan kawanan, penyelenggaraan dan pembinaan insfrastruktur bersesuaian di kawasan hutan.
"Kami akan menggerakkan komuniti Orang Asli untuk melindungi populasi seladang di kawasan tersebut. Kami juga akan meneruskan projek-projek lain kami di Pulau Pinang," kata Ahmad Shahriman.
Mengulas lanjut inisiatif berkenaan, Ahmad Shahriman berkata, EcoSave-i menyumbang 0.2 peratus daripada jumlah baki portfolio purata tahunan ke arah projek alam sekitar.
"Kami telah menyumbang lebih RM12 juta sejak 2008 dan membiayai projek-projek hijau di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk projek di Sabah, seperti di Babagon, Fraser’s Hill di Perak dan program konservasi di Ulu Muda, Kedah. Jadi, inilah antara projek-projek yang kami sokong melalui produk EcoSave-i."
Beliau berkata demikian selepas pelancaran projek CIMB EcoSave-i: Our Nature, Our Treasure 2025–2026 oleh The Habitat Foundation (THF) dan Penang Institute dengan kerjasama CIMB Islamic Bank di Pulau Pinang pada Sabtu.
Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang Datuk Seri Sundarajoo Somu dan turut dihadiri oleh Ahli Lembaga The Habitat Foundation Ooi Geok Ling dan Pengarah Eksekutif Penang Institute, Datuk Dr Ooi Kee Beng.
Inisiatif itu turut diperkembangkan dengan pemasangan jambatan kanopi hidupan liar tambahan di Pulau Pinang bagi membolehkan pergerakan lebih selamat untuk spesies Dusky Langur atau lotong kelabu serta haiwan lain yang kerap melintasi jalan sesak, secara tidak langsung memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Dalam masa sama, Ahmad Shahriman berkata, orang ramai juga boleh menyokong usaha pemuliharaan ini dengan membuka akaun EcoSave-i secara dalam talian atau di mana-mana cawangan CIMB di seluruh negara.
Selain menyumbang secara tidak langsung kepada inisiatif alam sekitar, pelanggan yang mengekalkan baki purata bulanan RM5,000 tanpa urus niaga di kaunter akan menerima insentif tunai bulanan RM5.
Untuk maklumat lanjut mengenai EcoSave-i, sila layari www.cimb.com.my/ecosave.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


