awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Ulama Indonesia umum fatwa haram bakar hutan, merosak alam sekitar

Agensi
Agensi
13/09/2016
09:52 MYT
Majlis Ulama Indonesia umum fatwa haram bakar hutan, merosak alam sekitar
Hukum membakar hutan dan tanah terbuka yang merosak alam sekitar adalah haram, kata Majlis Ulama Indonesia (MUI). - Gambar fail
Hukum membakar hutan dan tanah terbuka yang merosak alam sekitar adalah haram, kata Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam satu pengumuman fatwa bersama Kemeterian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK) hari ini.
Portal berita DetikNews.com memetik kata wakil Ketua MUI dalam Bidang Fatwa, Prof Huzaemah Tahido Yanggo, bahawa sebahagian besar kebakaran hutan di Indonesia disebabkan oleh campur tangan manusia.
“Melakukan pembakaran hutan dan tanah terbuka yang mengakibakan kerosakan, pencemaran alam sekitar, kerugian, gangguan kesihatan dan kesan buruk lain adalah haram.
"Fatwa ini adalah amar ma'ruf nahi munkar," ujar Huzaemah di Jakarta hari ini.
Jelasnya, MUI masuk campur dalam isu itu memandangkan kes pembakaran hutan telah menunjukkan banyak kemudaratan termasuk membawa kematian.
Sementara itu, Menteri Lingkungan Hidup Siti Nurbaya mengingatkan bahawa fatwa MUI berhubung hukum pembakaran hutan itu adalah sebagai sokongan moral kepada masyarakat dalam usaha mengurangkan perbuatan itu dilakukan secara sengaja.
"Persoalan tentang alam sekitar turut melibatkan kempen kesedaran awam. Hukuman sahaja tidak cukup kerana yang lebih penting adalah moral,” ujar Siti Nurbaya dipetik sebagai berkata.
Fatwa tentang hukum pembakaran hutan dan tanah terbuka serta pengendaliannya telah ditetapkan sejak 27 Julai 2016 atas permintaan dan kerjasama kementerian tersebut.
Kes kebakaran hutan dan tanah ladang, sama ada secara sengaja atau yang berlaku secara semula jadi, telah banyak menyebabkan pelbagai masalah bukan saja kepada rakyat tempatan.
Kesan jerebu akibat bencana kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia juga melepasi sempadan hingga ke negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Thailand.
Presiden Indonesia, Joko Widodo sejak tahun lalu sudah menggerakkan mekanisme bagi meningkatkan usaha pengawalan dan pemuliharaan di kawasan yang cenderung berlaku masalah berkenaan, selain mengetatkan lagi hukuman kepada pihak yang dikenal pasti menyebabkan bencana tersebut.
Topic Berkaitan
#fatwa
#jerebu
#Kerajaan Indonesia
#Majlis Ulama Indonesia
#MUI
#pembakaran hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan