SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata majoriti waris dan ahli keluarga terlibat dalam proses pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bersetuju untuk memberikan laluan bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Beliau berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
"Kita akan meneruskan perbincangan dengan pihak terbabit kerana majoritinya telah bersetuju... alhamdulillah.
"Bagi kelompok waris yang belum bersetuju kita beri ruang lagi seminggu untuk berbincang dengan pihak JAIS, PBT dan juga ECRL," katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian waris dan ahli keluarga kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan JAIS pada Rabu lepas.
Kerja-kerja menggali dan memindahkan kubur yang dijadualkan pada 1 Mei, ditangguh selama seminggu bagi memberikan ruang untuk proses pemakluman dan pendengaran kepada waris.
Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata kerajaan negeri menyasarkan kehadiran 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara ke Festival Turath Islami yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 26 Mei hingga 2 Jun ini.
Beliau berkata festival yang memasuki tahun kedua penganjuran itu bertujuan menghidupkan dan menyebarkan warisan Islam di Selangor dan akan dihadiri dua tokoh ulama dunia iaitu bekas Mufti Agung Mesir Maulana Al-Imam Dr Ali Jum'ah dan Habib Umar Hafiz.
"Dengan kehadiran dua tokoh ulama dunia itu serta 23 ulama besar dari negara serantau termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, kita yakin kehadiran pengunjung akan meningkat tiga kali ganda berbanding sekitar 10,000 tahun lepas.
"Penganjuran festival kali kedua ini adalah petanda komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menyebarkan dan menghidupkan warisan turun-temurun Islam," katanya.
Amirudin berkata festival itu akan diisi dengan 12 acara utama termasuk pengajian kitab Hadis Empat Puluh karangan Imam Nawawi yang akan dipimpin oleh Al-Imam Dr Ali Jum'ah selain seminar antarabangsa berkenaan kitab Riyadhu al-Solihin.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai festival itu diminta membuat pendaftaran mulai hari ini menerusi laman web www.turathislamiselangor.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Amirudin berkata, kerajaan negeri menerusi JAIS dan PBT ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat. - Gambar fail
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Majoriti waris sudah setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan PBT ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.